Click Me ^ _^

Thursday, June 30, 2011

Tawaf… Makkah part 3


Assalamualaikum…

Mula2 aku plan nak write on hajj and umrah ni ikut rukun n wajibnya. Tapi pikir2 blk, mgkn jadi terlalu panjang nnti. Yela, bayangkan g Jakarta-Bandung 3 hari 2 mlm kita boleh wt 3 entry… kalau 46 hari punya journey? Too long to write.. Jadi, ape yg aku tulis ni adalah ringkasan. Kalau ade soalan ble letak kt komen. Aku bukan ustazah, tapi aku ble share pengalaman aku. InsyaAllah….

Dalam Haji dan Umrah, mesti ada tawaf dan saie. Xbuat, xsah la haji dan Umrah kita. Kalau umrah, selepas berniat, kita bolehla bertawaf dan saie selepas tu. Kalau haji, kita akan berwukuf dulu. Tawaf tu adalah mengelilingi Kaabah sebyk 7 kali bermula dr rukun Hajrul Aswad dan berhenti pada tempat yg sama menurut syarat2nya.

Allahuakbar... Bole bayangkan betapa ramainye manusia waktu tu?

Mula2 bertawaf aku ditemani Makcik Zue. Lepas tu aku bawak mama tawaf umrah sbb abah dah buat dulu. Aku tunggu mama habis period. Lepas tu, tawaf2 yg aku buat, aku buat sorang2. Makcik2 biasenye takut sorang2. Tapi.. Alhamdulillah.. Allah selalu melindungiku. Tak pernah sekalipun, aku xjumpa abah dan mama lepas tawaf. Aku bukan xnak follow abah or makcik2. Antara sebab & tips:

1) Bila kita jalan berkumpulan, kita mengganggu jemaah lain nak berjalan. Jemaah dari Negara lain banyak yg tidak sabar. Tolak menolak perkara biase. Kalau xkuat baik ade teman. Kalau ada suami, baik ikut suami. Lebih selamat.

2) Kerna terlalu takut terlepas dr teman, kita boleh hilang focus nak bertawaf. Xboleh hilang focus, nnti salah kira pusingan. Bahu kena jaga.

3) Baca doa dan zikir yg mudah, jgn terlalu pjg. Kalau dah mahir xpe. Kalau baru2 mcm aku, yg mudah lebih membantu. Nanti kitejadi terlalu asyik, silap2 msk dlm kawasan makam Ibrahim ke, dah batal tawaf…

4) Bykkan bersabar.. itu yg penting. Berjanji dgn mahram/te man kita siap2 kt mane nak jumpa lepastu. Nnti xjumpa pulak bila dah terlalu ramai org.

5) Cuba try baca buku Travel Log haji by Prof Ibrahim Kamil tu. Banyak kt pasaran. Menginsaf, memotivasi dan byk tips menarik yg boleh kita belajar.

6) Kenalpasti keadaan sekeliling sebelum mula tawaf. Lampu hijau kt mane, safa marwah kt mane, jalan blk arah mane.. doa byk2 Allah permudahkan urusan kita.

Tawaf di tingkat atas

Dah selesai tawaf, kita akan buat solat sunat tawaf. Kalau dapat buat blakang Makam Ibrahim atau Hijr Ismail lagi bagus. Orang buat umrah bkn dalam musim haji mungkin bole cuba solat kt sini sbb mungkin kurang sikit orang. Baca tips dlm buku Prof Kamil mcm yg wa tulis kt atas tu. Mama kate (from her reading) Prof tu dan isteri die slalu dpt solat sunat kt situ. Mungkin kite bole belajar dr die.

Aku cuma dapat solat dlm kawasan dataran kaabah je. Tu pun jenuh melintas org nk cr tempat yg sesuai. Aku insan biase….
Huhu… sekian…

Sunday, June 26, 2011

Alor Gajah-Tampin-Melaka-Muar

Assalamualaikum...

Melaka dah byk berubah. Dulu mase arwah Wan n Atok ade slalu blk sane. Sambil2 jalan2 Melaka. Skarang ni kalau xraya, xblkla Melaka. Balik raya pun sbb mak ngah n mak andak ade kt Melaka.

Tapi salah sorg best fren dok Melaka. Rajin gakla aku turun skang. Nnti ulai a.k.a Intan member aku tu bwkla jalan2 cari makan, borak2 smpi pagi pastu bangun lambat.. Hahaha.

So, last week, kami plan nak jumpa Fifi (x-wing mate) yg ade event kt A Famosa resort.. Sementara tunggu Ulai, aku n Lulu jalan2 Alor gajah Tampin. Ulai smpi, kitorg pun g jumpe Fifi. Lame xjumpe. Rindunyer.. Yg pntg die terkejut dgn ketembaman kami bertiga. Esp Ulai n Lulu. Sbb dah lapar sgt makan kt A Famosa. Kami tinggalkan Fifi kt situ dan gerak ke Melaka. On the way sempat layan kek n kopi secret recepi lg..



Pas check-in hotel, Ulai bwk g Dataran Pahlawan. Best shopping mall die. Unik. Kt tgkt bwh ade Heritage Bazar yg jual belacan, dodol n produk2 tempatan. Pastu g makan asam pedas. Fuh.. Sedap tapi pedas. Mmg selera org Melaka. Pastu dok tepi pantai kt Kampung Portugis. Borak2.. Hehe. Best! Tp xde picture x feel la kan?

Esok tu sbb ulai kena bukak stesen kami kul 6 pagi dah bgn. Pastu brekfes McD. Dok tepi jalan smpi dah nak terang blk hotel smbung tido. Hehehe.

Kul 11 lebih check out. Ulai pickup SS. Kami gerak ke Muar. Da selesai urusan kami gerak ke Tanjung, Muar. Nyaman rase dok situ. pastu ape lagi, makan!

Mee bandung Muar, Terbaik!!! Sedap.

Rojak Petis pun best!

Lai Chee Kang, OKla..

Da selesai makan, kami amik angin tepi laut. Singgah solat kt masjid yg cantik.. TAPI, xde air kt toilet! Pastu gerak plak ke Giant. Yang xbest tu, kreta Ulai accident. Ade chinese ni ade masalah otak, die blank tiba2 n langgar Mabel yg tgh parking elok tu. Nasib xteruk. Dah setel kt situ, Ulai hantar aku blk Rawang. Siap bawak escort lagi. Thanks a lot Ulai for the food, hotel and hospitality. Seronok sgt, release tension aku!! N sori nysahkan ko k.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Edited using mYLaptop!

Saturday, June 25, 2011

Masjidil Haram, Makkah part 2


Assalamualaikum....

Bila dah berniat umrah, sebaik2nya kita cepat buat tawaf dan saie. Bukan apa, susah nak jaga larangan 13 perkara tu.. Tapi bg jemaah wanita, kalau mase berniat umrah kita period, kite kenala tunggu period habis baru bole buat tawaf ye. Mamaku xdpt nk buat ikut rombongan mase tu sbb period mase tu. Jadi hari pertama smpi Makkah aku cume ikut abah ke Masjidil Haram.

Hotel kami Masat Al-Hariry terletak dlm 800meter ke Masjidil Haram. Huhu, agak jauh dgn keadaan jalan yg sgt berdebu sbb construction. Mule2 dibawa jalan jauh. Lama2 kami para jemaah dah pandai short cut. Aku yg muda ni boleh gagah lagi. Kesian pakcik makcik yg dah xlarat tu. Ramai juga yg solat jamaah di surau hotel je. Aku sendiri, biasenye Zohor dan Asar ikut surau hotel. Maghrib, Isyak and Subuh kt Masjidil Haram. Sbb siang terlalu panas. Mgkn kalau dapat hotel yg dekat mcm dkt Safwa Towers tu bolela jemaah tiap2 waktu. Tapi xde rezki. xpe, kami redho.

Aku dah sgt bersyukur Allah menjemputku dalam usia yg muda sbb buat Haji dan Umrah ni mmg sangat memerlukan kudrat kita. Terlalu byk gerak fizikal. Sangat menuntut kesabaran. Siapa2 yg blom ade akaun tabung Haji tu cepatla bukak dan daftar. Macam aku baru daftar tahun lepas, patutnya giliran aku tahun 2021. Buat rayuan baru dapat. Itupun lmbat dapat tau.


Mase mula2 smpi Masjidil haram tu mmg kagum.. Besar, cantik, lantai marmar sejuk. Petugas2 masjid ramai jugak. Yang sapu lain, yang mop lain, yang susun Quran lain. Aku masuk dari pintu Marwah biasenye. Slalu tukar pintu masuk pun susah jugak. Kita boleh lupa kita letak kasut kt mane. Pintu terlalu byk. Kebanyakan pintu mmg ade polis jaga. Eskelator ade. Paip2 yg salurkan air zam2 pun byk. xkurang jugak air zam2 dalam botol.

Mula2 nmpak Kaabah... sebak rase di dada. Takut pun ada. Dengan orang yg ramainye ya Allah... Gambar yg aku letak kt entry Makkah part 1, mase awal2 kt Makkah. Time xterlalu ramai. Bayangkan bila hari wukuf makin dekat.. Masya Allah... Mula karpet pun masih ade. Xlama pas tu, karpet2 kebanyakan diangkat. 2 tingkat atas yg mula2 blom dibukak pade org ramai, akhirnya dibuka utk menampung para jemaah.

Pembangunan pesat berjalan sekeliling Masjid. Shopping Mall ala2 mid-Valley pun ade. Aku, mama n abah suka g Safwa Towers tu. Byk kedai minyak wangi, baju2, perhiasan.. Yang penting ada makanan Malaysia! Kedai kepunyaan Felda. Mahal tapi sedap n sesuai utk kita yg rindukan masakan Malaysia. harga sebekas mee goreng mencecah 12riyal. dalam rm10 gitula duit kite. Nak roti canai kena beratur panjang............ berebutla ngan org M'sia yg lain.

Yang mmg duduk Safwa towers tu mmg bertuah. Terlalu dkt dgn masjid. Makanan sume ade. Boleh tumpu ibadah sepenuhnya, insyaAllah...


Bila ramai org, ramai yg duduk dalam kawasan Safa marwah. tapi menurut Ustaz, kawasan tu xdikira kawasan masjid walaupun bersambung dgn masjid. Orang haid boleh duduk sini. Jadi sebagai penutup aku bg sedikit tips utk solat di Masjidil haram:

1) Mesti datang awal supaya dapat cari tmpt solat yg selesa dan utk elakkan solat dlm kawasan Safa Marwah. kt situ kite x boleh nak berniat iktikaf.

2) jangan ikut jemaah yg suka hati mencampurkan saf wanita dan lelaki. Wanita saf wanita, xboleh sembahyang sebelah suamila apela. Kita tawakal. Jangan takut. Allah melindungi kita.

3) kalau nak baca Al-Quran, pakai yg Masjid punya dah Ok. Nak bwk boleh tapi kena letak tempat sesuai supaya org x langkah quran tu. Langkah melangkah, dilangkah perkara biasa ye.

Dah pening... Sekian.

Thursday, June 23, 2011

Labbaikallah.. Makkah part 1


Assalamualaikum....

Masa kat Madinah, aktiviti kita lebih pada ziarah dan solat di Masjid Nabawi. Tapi ibadah umrah dan haji tu sendiri semua di lakukan di Makkah. Abah, mama dan aku pilih untuk buat haji tamattu'. Haji Tamattu' tu maksudnya secara ringkas adalah buat umrah dulu lepas dah selesai baru buat haji.

Oleh sebab aku bergerak dari Madinah, kami berniat umrah di Bir Ali.Niat adalah RUKUN umrah yg pertama dari 5 rukun. x niat x sah umrah.

Bila dah berniat je, pantang larang dlm ihram yg 13 perkara tu wajib kita jaga. kalau x, kita akan dikenakan dam tapi umrah kita sah. Antaranya, xboleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan mcm kita nk wanita xboleh tutup muka. Merosakkan tanaman pun xble k.. byk yg perlu kita tau k, itu antara larangannye..

Bab menjaga larangan umrah ni mmg mencabar. Nak shampoo rambut pun xbrani sbb kalau gugur kena bayar dam. gatal oo kepala. Pakai wangi2an dah dlm ihram pun xble. Ade sorang akak ni, pak Arab p calit kt die, terpaksa die beli telekung on the spot mase tu tau sbb kite kena segera hilangkan bauan tu dr badan kita.


Tips kali ni adalah mantapkan ilmu mengenai umrah dan haji ni sebelum pergi supaya kita xkeliru dan bersedia untuk buat yang terbaik. Mesti banyak SABAR. Ustaz kate Sodh, Ba, Ro.. hihi...

Terlalu byk ujian Allah nak menguji kesabaran kita kt sana. Nak tunggu lift sangatlah lama contohnya. pernah mase aku kt Madinah aku turun dari tingkat 13 ke bwh skali guna tangga sbb takut lama, xsmpt kejar solat jemaah kt Masjid. Walaupun turun, tp 13 tingkat? mmg letih sgt. bayangkan makcik2 turun 13 tingkat? kesian kan?

Aku jugak pernah nmpk dgn mata kepalaku sendiri ade makcik ni jatuh mase naik eskelator. Terseret makcik tu.. Nasib pak Arab cepat off. semua yg nmpk menjerit.
Gerun tgk. Dengar kate makcik tu meninggal dunia xlama lepas tu tp aku xpasti. Khabar angin ble tahan hebat kt sane tau.

Entry seterusnya adalah Rukun Umrah yg ke2 iaitu tawaf. Harap dpt membantu munirah n kak baiyah kt sana nnti. InsyaAllah...

Wednesday, June 15, 2011

Cinta Melody

Assalamualaikum....

Hehe. Skarang ni tgh syok layan sinetron Cinta Melody kt Astro Ria. Hilang rase stress kerja. Kawan2 sume layan x? Aku mmg minat sinetron ni.Tapi mmg biasenye sinetron ni meleret2. Mengarut gak selalunya. Tapi aku still tgk. Dulu slot Intan memang mengarut. tapi berbaloi tengok sampai episod akhir, ending best!


Kalau Cinta Melody ni plak x meleret mengarut. Surf2 kt google ade 36 episod je. So boleh sangatla tengok. So kenapa aku suka tgk Cinta Melody ni sebenarnya? Sebab...

1) Watak yang dilakonkan x banyak sgt merintih dalam hati. Kalau pernah tgk Intan, tersgtla byk slot2 mcm tu.

2) Cinta yg ditunjukkan terlalu mendalam, nampak keikhlasan walaupun cuma lakonan. Rase sedih yang datang semulajadi. Part ni, mmg boleh kita tgk dalam hampir semua sinetron indon ni. kalah rasenya dgn crita Melayu. Ye ke? hehe...


3) O.S.T Cinta Melody, Aishiteru by Zivilia band sangat menyentuh hati dan sedap didengar. Sesuai dengan kisah Cinta Melody ni.

4) Heroin nye, Chelsea Olivia santek... nampak tegas dan xlembik. Strong character.


Tula antara alasan2 aku suke tgk Cinta Malody ni. Tapi bace komen kt intenet ni endingnya xbest... huhu... dah terjebak teruskan jela....

Khamis ni ade board meeting, lepas tu nak fokus blogging on Haji. There's another request for the tips. Tolong doakan saya berjaya ye! on Hajj entry, on meeting and... one big step in my life.

Thanks for reading!

Monday, June 13, 2011

mY joB

Assalamualaikum...

Kebelakangan ni aku asyik pikirkan satu perkara. My job. Yes, what I do for living. Aku rase terbeban dgn kerja skarang ni. I was thinking of finding another job. Why?

1) Tempat kerja yg jauh dgn rumah. Bdr Tasik selatan - Rawang. Perjalanan pergi blk makan mase, badan sgt letih.

2) Work load.
-Skarang buat akaun comp listed, yg mane nak kena meeting every quarter. Mengadap board yg mane aku benci dlm situasi tu. Really hate it! Sgt membebankan.

-buat kerja yg aku xmahir. Tanye auditor kena marah. But at the same time, kena follow ape yg boss nak. Bkn xnak blajar bende baru. Cumenye xde cikgu yg ajar. Aku memandai sendiri.

-akaun company listed sgtlah leceh. Kena ikut bursa requirementla, SCla. Uweeekkkk!!! Really2 hate it!

-twice a week meeting. Minitla, progressla, sume nk kena amik tau. Too many follow ups to be done. Bosan!

-buat akaun 2 3 comp. Mmg xbyk transaction, tp rite now I do it manually. Pening.. Nak nangis rasenye.. Xlame lg akan ade sistem, insyaAllah. BUT? I have to learn how to set up the accounts in the system plak nnti. Betul x?

-besides that 2 3 comp, still kena gak amik tau of the major company. Bertambah serabut!

-weekend hati xtenang. Pikir nak kena buat kerja. Ni patutnye buat keje ni. Tp laptop kena virus. Pki bb jela update blog nih.

3) Salary. Ni isu sensitif. Aku xsure gaji aku padan x dgn workload skang ni. Kalau ikut survey kt Kelly, my pay now is the minimum pay and max dlm 4k. Itu yg wat aku byk berfikir..

4) I wish I had more time @ home. Boleh buat ape yg saya suke selalu. Mcm blogging, baking n jahit manik. Aku jgk berharap aku dpt tlg mamaku buat more house chores. Skarang ni, aku mmg letih sgt blk keje. Ni pun aku sacrifice mase tido aku sbb bende ni asik berlegar2 dalam fikiran aku.

TAPI, aku jugak ade beberapa alasan utk x cari keje lain. Entry lain nnti kite story. Ni dah kul 1. Baju masreenz skolah 6 keping nak kena gosok. Huhuhu... Bye..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.