Click Me ^ _^
Thursday, June 23, 2011
Labbaikallah.. Makkah part 1
Assalamualaikum....
Masa kat Madinah, aktiviti kita lebih pada ziarah dan solat di Masjid Nabawi. Tapi ibadah umrah dan haji tu sendiri semua di lakukan di Makkah. Abah, mama dan aku pilih untuk buat haji tamattu'. Haji Tamattu' tu maksudnya secara ringkas adalah buat umrah dulu lepas dah selesai baru buat haji.
Oleh sebab aku bergerak dari Madinah, kami berniat umrah di Bir Ali.Niat adalah RUKUN umrah yg pertama dari 5 rukun. x niat x sah umrah.
Bila dah berniat je, pantang larang dlm ihram yg 13 perkara tu wajib kita jaga. kalau x, kita akan dikenakan dam tapi umrah kita sah. Antaranya, xboleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan mcm kita nk wanita xboleh tutup muka. Merosakkan tanaman pun xble k.. byk yg perlu kita tau k, itu antara larangannye..
Bab menjaga larangan umrah ni mmg mencabar. Nak shampoo rambut pun xbrani sbb kalau gugur kena bayar dam. gatal oo kepala. Pakai wangi2an dah dlm ihram pun xble. Ade sorang akak ni, pak Arab p calit kt die, terpaksa die beli telekung on the spot mase tu tau sbb kite kena segera hilangkan bauan tu dr badan kita.
Tips kali ni adalah mantapkan ilmu mengenai umrah dan haji ni sebelum pergi supaya kita xkeliru dan bersedia untuk buat yang terbaik. Mesti banyak SABAR. Ustaz kate Sodh, Ba, Ro.. hihi...
Terlalu byk ujian Allah nak menguji kesabaran kita kt sana. Nak tunggu lift sangatlah lama contohnya. pernah mase aku kt Madinah aku turun dari tingkat 13 ke bwh skali guna tangga sbb takut lama, xsmpt kejar solat jemaah kt Masjid. Walaupun turun, tp 13 tingkat? mmg letih sgt. bayangkan makcik2 turun 13 tingkat? kesian kan?
Aku jugak pernah nmpk dgn mata kepalaku sendiri ade makcik ni jatuh mase naik eskelator. Terseret makcik tu.. Nasib pak Arab cepat off. semua yg nmpk menjerit.
Gerun tgk. Dengar kate makcik tu meninggal dunia xlama lepas tu tp aku xpasti. Khabar angin ble tahan hebat kt sane tau.
Entry seterusnya adalah Rukun Umrah yg ke2 iaitu tawaf. Harap dpt membantu munirah n kak baiyah kt sana nnti. InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)