Click Me ^ _^

Showing posts with label Haji dan Umrah 2010. Show all posts
Showing posts with label Haji dan Umrah 2010. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Ziarah, Makkah Part 5


Assalamualaikum...

Selesai buat Umrah, kebanyakan jemaah akan pergi menziarahi kawasan sekitar Mekah. Nak survey keadaan tempat mase nak buat haji nanti. Kita bolehla kumpul agak2 cukup org satu van, lepastu mintak pak Arab bawak kita melawat tempat2 sejarah selain tgk2 tempat nak melontar, nak berwukuf semua. X ingat dah kena charge berape sorang... huhuhu

Antara tempat yang sempat kami lawati:
1) Jabal Thawr
-tempat Rasulullah S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq sembunyi selama 3 mlm ketika peristiwa hijrah dr Makkah ke Madinah.


Bahasa Indon ade kt board tu kan? Kagum2 kami mase tu.. Kat masjid Nabawi pun ada. Bahasa Arab, Indon n Turkey yg ada tu mgkn sbb tu antara jemaah teramai setiap tahun yg buat Haji n Umrah.


2) Jabal Rahmah
- orang kata tempat kita berdoa kalau nak mintak jodoh. Mama tersipu2 malu nak suh aku doa mase tu. hahaha.. kalakar kalau ingat2 blk. yg xbest tu tempat tu xdijaga dgn baik. Sampah, conteng2 sume ade.Ade org akan offer nak amik gambar ngan unta. Hati2 dgn pak2 arab ni, die kire brapa keping gambar die amik tau, bkn charge skali je. Sekeping 10 riyal kot. Naik unta lain plak harga die. Hati2..


Atok Fiyah naik unta da...

3) Jalan2 survey Arafah, Muzdalifah & Mina


Oleh sbb banyak masa lapang, bagus jugak kita pergi tgk tempat2 sejarah ni. Kita
pasti kagum dengan kebesaran Allah dan kekuatan/semangat manusia zaman dulu. Contohnya kalau tgk kat mana gua Hira' terletak, mesti kita kagum mcmana Rasulullah boleh naik ke atas tu mase terima wahyu..

Selain dari tu, hotel aku terletak seblah perkuburan Ma'la. Jauh skali beza kubur di Mekah berbanding kita kat Malaysia ni. Kubur die berlapis2. Tanda nama pun x de.


Gambar dari tingkap surau hotelku, Masat Al-Hariry.

Tu je entry kali ni. Wassalam....

Thursday, July 7, 2011

Saie & bergunting, Makkah part 4

Assalamualaikum...

Huhu tekanan kerja sudah bermula kembali.. Tapi misi harus diselesaikan. Berusahalah, ummm!!! InsyaAllah...


Lepas tawaf, kita akan bersaie. Kalau tawaf kena ada wuduk, saie x perlu ada wuduk pun xpe. So Saie tu kite buat ape? Saie ialah berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah dengan syarat2nye.

Ustaz pernah bagi anggaran jarak perjalanan Saie Marwah. Dalam 4.2km sekali kita buat saie. Pernah ke kita berjalan 4.2km? Shopping mungkin? Nak berulang alik 7 kali tu yang mencabar sebenarnye. Aku sendiri ade skali tu, tiba2 jadi lupa dah brape kali aku pusing. Pastu siap konfius aku ni kt Safa ke Marwah? Huhu.. mungkin kerana terlalu asyik berjalan kot. Sambil nak bace doa mane yg boleh.

Saie ni memang aku buat sorang2. Kenape? Lepas tawaf (which biasenye aku lambat siap)kite trus akan buat tawaf. So, abah mama pun xnakla tunggu anak die yg lambat ni. Aku pun xkesah. Mase tu tah nape konpiden je akan jumpa abah nnti. Aku percayakan kuasa Allah. Walau sesesak mane aku redho.


Alhamdulillah semua saie dapat aku buat kat tingkat bawah. Kat atas pun boleh cuma xfeel. Sepatutnya perjalanan Saie kita akan berakhir di Marwah ye. Lepas siap Saie, terus bergunting, jangan tangguh dulula apela. Sebab kalau buat umrah, selagi xbergunting, selagi tula kita dlm ihram.

Lagi satu, jangan konfius! Dulu makcik2 blk aku kt Mekah dah penah salah. Diorg bergunting kt Safa. Jangan jadi gitu ye kawan2. Nanti kena bayar dam pulak. Dah jalan2 tu mesti haus kan? jangan risau, paip2 air zam yang sejuk dan nyaman byk sepjg Safa marwah. Tegukla byk mane nak.. Serius sedap!

Cabaran die sama mcm tawaf lebih kurang. Terlalu ramai org yg dalam group. Mungkin akan mengganggu kelancaran perjalanan kita dan satu lagi diorg berdoa kuat sbb ramaikan? Kalau xbetul2 kusyuk, kita boleh jadi terleka dgr doa diorg dan boleh jadi lupa pusingan kita.

Yang payah bila sorang diri ialah mase bergunting. huhu. Terkial2 nk pegang gunting, nk selak telekung. Cari rambut yg dah pendek.. hahaha.. pengalaman2... aku ade guntingkan rambut org. tapi aku segan nk mintk org guntingkan rambut aku. Sebaiknya, kita gunting rambut kita baru guntingkan rambut orang tau. Moral: better ade kawan sorang.


Dengan bergunting, berakhirlah rukun umrah dan haji kita selain tertib ye . Kalau buat umrah, kira dah dapat satu umrah. Kalau bab Umrah kira dah setel la entry aku ni, insyaAllah.. Kalau Haji ade banyak benda kena tulis lagi. Nantikan entry2 berikutnye dgn sabar ye!

*semua gambar utk entry kalini adalah ihsan Google. Aku xde gambar plak mase buat ni.

Thursday, June 30, 2011

Tawaf… Makkah part 3


Assalamualaikum…

Mula2 aku plan nak write on hajj and umrah ni ikut rukun n wajibnya. Tapi pikir2 blk, mgkn jadi terlalu panjang nnti. Yela, bayangkan g Jakarta-Bandung 3 hari 2 mlm kita boleh wt 3 entry… kalau 46 hari punya journey? Too long to write.. Jadi, ape yg aku tulis ni adalah ringkasan. Kalau ade soalan ble letak kt komen. Aku bukan ustazah, tapi aku ble share pengalaman aku. InsyaAllah….

Dalam Haji dan Umrah, mesti ada tawaf dan saie. Xbuat, xsah la haji dan Umrah kita. Kalau umrah, selepas berniat, kita bolehla bertawaf dan saie selepas tu. Kalau haji, kita akan berwukuf dulu. Tawaf tu adalah mengelilingi Kaabah sebyk 7 kali bermula dr rukun Hajrul Aswad dan berhenti pada tempat yg sama menurut syarat2nya.

Allahuakbar... Bole bayangkan betapa ramainye manusia waktu tu?

Mula2 bertawaf aku ditemani Makcik Zue. Lepas tu aku bawak mama tawaf umrah sbb abah dah buat dulu. Aku tunggu mama habis period. Lepas tu, tawaf2 yg aku buat, aku buat sorang2. Makcik2 biasenye takut sorang2. Tapi.. Alhamdulillah.. Allah selalu melindungiku. Tak pernah sekalipun, aku xjumpa abah dan mama lepas tawaf. Aku bukan xnak follow abah or makcik2. Antara sebab & tips:

1) Bila kita jalan berkumpulan, kita mengganggu jemaah lain nak berjalan. Jemaah dari Negara lain banyak yg tidak sabar. Tolak menolak perkara biase. Kalau xkuat baik ade teman. Kalau ada suami, baik ikut suami. Lebih selamat.

2) Kerna terlalu takut terlepas dr teman, kita boleh hilang focus nak bertawaf. Xboleh hilang focus, nnti salah kira pusingan. Bahu kena jaga.

3) Baca doa dan zikir yg mudah, jgn terlalu pjg. Kalau dah mahir xpe. Kalau baru2 mcm aku, yg mudah lebih membantu. Nanti kitejadi terlalu asyik, silap2 msk dlm kawasan makam Ibrahim ke, dah batal tawaf…

4) Bykkan bersabar.. itu yg penting. Berjanji dgn mahram/te man kita siap2 kt mane nak jumpa lepastu. Nnti xjumpa pulak bila dah terlalu ramai org.

5) Cuba try baca buku Travel Log haji by Prof Ibrahim Kamil tu. Banyak kt pasaran. Menginsaf, memotivasi dan byk tips menarik yg boleh kita belajar.

6) Kenalpasti keadaan sekeliling sebelum mula tawaf. Lampu hijau kt mane, safa marwah kt mane, jalan blk arah mane.. doa byk2 Allah permudahkan urusan kita.

Tawaf di tingkat atas

Dah selesai tawaf, kita akan buat solat sunat tawaf. Kalau dapat buat blakang Makam Ibrahim atau Hijr Ismail lagi bagus. Orang buat umrah bkn dalam musim haji mungkin bole cuba solat kt sini sbb mungkin kurang sikit orang. Baca tips dlm buku Prof Kamil mcm yg wa tulis kt atas tu. Mama kate (from her reading) Prof tu dan isteri die slalu dpt solat sunat kt situ. Mungkin kite bole belajar dr die.

Aku cuma dapat solat dlm kawasan dataran kaabah je. Tu pun jenuh melintas org nk cr tempat yg sesuai. Aku insan biase….
Huhu… sekian…

Saturday, June 25, 2011

Masjidil Haram, Makkah part 2


Assalamualaikum....

Bila dah berniat umrah, sebaik2nya kita cepat buat tawaf dan saie. Bukan apa, susah nak jaga larangan 13 perkara tu.. Tapi bg jemaah wanita, kalau mase berniat umrah kita period, kite kenala tunggu period habis baru bole buat tawaf ye. Mamaku xdpt nk buat ikut rombongan mase tu sbb period mase tu. Jadi hari pertama smpi Makkah aku cume ikut abah ke Masjidil Haram.

Hotel kami Masat Al-Hariry terletak dlm 800meter ke Masjidil Haram. Huhu, agak jauh dgn keadaan jalan yg sgt berdebu sbb construction. Mule2 dibawa jalan jauh. Lama2 kami para jemaah dah pandai short cut. Aku yg muda ni boleh gagah lagi. Kesian pakcik makcik yg dah xlarat tu. Ramai juga yg solat jamaah di surau hotel je. Aku sendiri, biasenye Zohor dan Asar ikut surau hotel. Maghrib, Isyak and Subuh kt Masjidil Haram. Sbb siang terlalu panas. Mgkn kalau dapat hotel yg dekat mcm dkt Safwa Towers tu bolela jemaah tiap2 waktu. Tapi xde rezki. xpe, kami redho.

Aku dah sgt bersyukur Allah menjemputku dalam usia yg muda sbb buat Haji dan Umrah ni mmg sangat memerlukan kudrat kita. Terlalu byk gerak fizikal. Sangat menuntut kesabaran. Siapa2 yg blom ade akaun tabung Haji tu cepatla bukak dan daftar. Macam aku baru daftar tahun lepas, patutnya giliran aku tahun 2021. Buat rayuan baru dapat. Itupun lmbat dapat tau.


Mase mula2 smpi Masjidil haram tu mmg kagum.. Besar, cantik, lantai marmar sejuk. Petugas2 masjid ramai jugak. Yang sapu lain, yang mop lain, yang susun Quran lain. Aku masuk dari pintu Marwah biasenye. Slalu tukar pintu masuk pun susah jugak. Kita boleh lupa kita letak kasut kt mane. Pintu terlalu byk. Kebanyakan pintu mmg ade polis jaga. Eskelator ade. Paip2 yg salurkan air zam2 pun byk. xkurang jugak air zam2 dalam botol.

Mula2 nmpak Kaabah... sebak rase di dada. Takut pun ada. Dengan orang yg ramainye ya Allah... Gambar yg aku letak kt entry Makkah part 1, mase awal2 kt Makkah. Time xterlalu ramai. Bayangkan bila hari wukuf makin dekat.. Masya Allah... Mula karpet pun masih ade. Xlama pas tu, karpet2 kebanyakan diangkat. 2 tingkat atas yg mula2 blom dibukak pade org ramai, akhirnya dibuka utk menampung para jemaah.

Pembangunan pesat berjalan sekeliling Masjid. Shopping Mall ala2 mid-Valley pun ade. Aku, mama n abah suka g Safwa Towers tu. Byk kedai minyak wangi, baju2, perhiasan.. Yang penting ada makanan Malaysia! Kedai kepunyaan Felda. Mahal tapi sedap n sesuai utk kita yg rindukan masakan Malaysia. harga sebekas mee goreng mencecah 12riyal. dalam rm10 gitula duit kite. Nak roti canai kena beratur panjang............ berebutla ngan org M'sia yg lain.

Yang mmg duduk Safwa towers tu mmg bertuah. Terlalu dkt dgn masjid. Makanan sume ade. Boleh tumpu ibadah sepenuhnya, insyaAllah...


Bila ramai org, ramai yg duduk dalam kawasan Safa marwah. tapi menurut Ustaz, kawasan tu xdikira kawasan masjid walaupun bersambung dgn masjid. Orang haid boleh duduk sini. Jadi sebagai penutup aku bg sedikit tips utk solat di Masjidil haram:

1) Mesti datang awal supaya dapat cari tmpt solat yg selesa dan utk elakkan solat dlm kawasan Safa Marwah. kt situ kite x boleh nak berniat iktikaf.

2) jangan ikut jemaah yg suka hati mencampurkan saf wanita dan lelaki. Wanita saf wanita, xboleh sembahyang sebelah suamila apela. Kita tawakal. Jangan takut. Allah melindungi kita.

3) kalau nak baca Al-Quran, pakai yg Masjid punya dah Ok. Nak bwk boleh tapi kena letak tempat sesuai supaya org x langkah quran tu. Langkah melangkah, dilangkah perkara biasa ye.

Dah pening... Sekian.

Thursday, June 23, 2011

Labbaikallah.. Makkah part 1


Assalamualaikum....

Masa kat Madinah, aktiviti kita lebih pada ziarah dan solat di Masjid Nabawi. Tapi ibadah umrah dan haji tu sendiri semua di lakukan di Makkah. Abah, mama dan aku pilih untuk buat haji tamattu'. Haji Tamattu' tu maksudnya secara ringkas adalah buat umrah dulu lepas dah selesai baru buat haji.

Oleh sebab aku bergerak dari Madinah, kami berniat umrah di Bir Ali.Niat adalah RUKUN umrah yg pertama dari 5 rukun. x niat x sah umrah.

Bila dah berniat je, pantang larang dlm ihram yg 13 perkara tu wajib kita jaga. kalau x, kita akan dikenakan dam tapi umrah kita sah. Antaranya, xboleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan mcm kita nk wanita xboleh tutup muka. Merosakkan tanaman pun xble k.. byk yg perlu kita tau k, itu antara larangannye..

Bab menjaga larangan umrah ni mmg mencabar. Nak shampoo rambut pun xbrani sbb kalau gugur kena bayar dam. gatal oo kepala. Pakai wangi2an dah dlm ihram pun xble. Ade sorang akak ni, pak Arab p calit kt die, terpaksa die beli telekung on the spot mase tu tau sbb kite kena segera hilangkan bauan tu dr badan kita.


Tips kali ni adalah mantapkan ilmu mengenai umrah dan haji ni sebelum pergi supaya kita xkeliru dan bersedia untuk buat yang terbaik. Mesti banyak SABAR. Ustaz kate Sodh, Ba, Ro.. hihi...

Terlalu byk ujian Allah nak menguji kesabaran kita kt sana. Nak tunggu lift sangatlah lama contohnya. pernah mase aku kt Madinah aku turun dari tingkat 13 ke bwh skali guna tangga sbb takut lama, xsmpt kejar solat jemaah kt Masjid. Walaupun turun, tp 13 tingkat? mmg letih sgt. bayangkan makcik2 turun 13 tingkat? kesian kan?

Aku jugak pernah nmpk dgn mata kepalaku sendiri ade makcik ni jatuh mase naik eskelator. Terseret makcik tu.. Nasib pak Arab cepat off. semua yg nmpk menjerit.
Gerun tgk. Dengar kate makcik tu meninggal dunia xlama lepas tu tp aku xpasti. Khabar angin ble tahan hebat kt sane tau.

Entry seterusnya adalah Rukun Umrah yg ke2 iaitu tawaf. Harap dpt membantu munirah n kak baiyah kt sana nnti. InsyaAllah...

Friday, May 27, 2011

Bermula sebuah perjalanan mencabar.. Madinah, final part.

Assalamualaikum....


Masa kt Madinah mmg sronok, yang paling seronok dah tentu dapat solat jemaah ramai2 kt masjid Nabawi yg indah dan nyaman. Dengar suara imam.. mmg rase tersentuh, xdpt nak gambar perasaan tu. Rindu sgt waktu tu.. Selain dari tu, hotel pun selesa. makan pun mudah nak dapat. nak cari souvenir pun byk. Kurma sangaaaaaaaaaaaaaattt sedap! kt Makkah susah sket nk cari.

Jadi, kalau nak beli kurma atau hadiah2 yg lain better beli di Madinah. Pihak pos Malaysia ade sediakan khidmat penghantaran ke tanah air. Bila dah pos, xpyhla heret barang berat2 ke makkah. Lagipun kt Makkah boleh tumpu nk ibadah. InsyaAllah....

Ade skali aku beli bakso kt sana. Bakso goyang lidah kalau xsilap.. sedap! kebab2 byk. so, dun worry bout food kat madinah. Slain daritu, ape yg aku sronok sgt adalah bertemu dgn makcik2 bilikku yg baik2 belaka. Alhamdulillah Allah telah pertemukan kami di sini. Mmmg xde mslh. cuma sedih xdpt seblk lagi mase kt Makkah..

Makcik Faridah, makcik Norma n makcik Zue.. Ayu rindu sgt kt makcik2 sume. Rase serba salah sgt xcontact makcik2 sume. Makcik Faridah dah 2x call aku.. huhu... Slalu kate dlm hati nak call, last2 lupa. Dah tingat plak, malam..



Smpi sini je kot story bout Madinah. We need to move on to makkah kat mana kite betul2 byk buat ibadah. kalau nak tau pape letak kt komen k. Hope Munirah will read this..

Thursday, May 19, 2011

Jatuh Hati... Madinah part 4

Assalamualaikum...

Saya dah ngantuk tp ade org tunggu nak bace blog saya.. Saya kuatkan semangat!!! Terima Kasih kak Seli bace blog Wawa..

Semlm kita crita psl ziarah dalam, harini kite crita psl ziarah luar plak. Pihak Tabung haji dah sediakan bas utk kite ziarah luar. cuma kena berebut dan bersabar sikitla tunggu giliran kita. kita akan dipanggil ikut KT.. huhu, malu plak nk crita, tp xpela. Sharing is caring.. hihi..

Ok, setiap bas yg kita naik, ade ustaz yang akan ikut skali. Ustaz2 ni biasenye student yg belajar di uni2 di Madinah. Dalam perjalanan dia akan terangkan pada kita tempat2 yg kita lawati. Aku kan.. dah nmpk dah ustaz2 ni. somey2 belake. Tp....... yg naik satu bas ngan aku tu biase je orgnye.. mule2 dlm hati kate, ala.. ramai2 yg hensem, dpt plak mamat ni...

TETAPI readers............................

Along the way, ustaz td telah buat aku jatuh hati. Sebab ape??? Aku kagum dgn ilmu dan kesabaran die. kat setiap tempat yg kami lawati, die ble crita dgn jelas sejarah tempat tu. Apa amalan yg boleh kite buat, ape manfaatnye... Aku ingt lg die cite sejarah kt Jabal Uhud, aku rase tersentuh dgn crita tu, dpt rasekan perjuangan pejuang2 Islam mase peperangan Uhud... kt sinila jabal Uhud dan jabal al-rumah ye:


Sebelum lupa, kalau boleh, sila bawa SUNGLASSES ye mase nk ziarah luar. Perit nak bukak mate mase panas terik tu. Dan satu lg tips yg sgt penting, SILA IKUT CAKAP USTAZ/PEMBIMBING.. kalau x, kita boleh sesat dan xjumpa group kita. Tiap2 bas mmg ade nombor, tp bile dah berpuluh2 bas, kita bole cam ke mane satu???

Nak jd crita, mgkn sbb xbg perhatian pada arahan ustaz, atau dah keliru sgt, ade 2 penumpang bas kami yg xnaik2 bas seperti yg dijanjikan. Jenuh USTAZ kami jalan rate2 cari. Die sgt PENYABAR.. bila dah jumpa, muka die biase je, xmengeluh, xmerungut, xmarah dan boleh terus sambung crita. Kalau kitala… huhu, tepuk dada tanye iman! Ye, pada mase tu mmg aku dah jatuh hati…



Sebelum ke jabal Uhud, mula2 kita akan melawat Masjid Quba'. Kat sini, kita bole buat solat sunat. Pahalanye lebih besar kalau kita dah siap2 amik wuduk dan kita dpt tahan smpi ke Masjid tu. TETAPI.. mcm biase, skali lagi kena berebut. KUATKAN SEMANGAT! kt luar masjid ade jual mcm2, stokinla, buah mandul, kacip fatimah ke ape tah. xingat...


Oleh sbb dah makan mase lame dkt jabal Uhud td, kami Cuma di bawa pusing2 je tanpa berenti tempat2 selepas tu. Antaranye, Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Kami kejar masa utk blk ke Hotel sbb nak solat Zuhur di masjid Nabawi. Yang pelik tu, driver pak Arab tu, nak jugak singgah ladang Kurma. padehal kami semua dah sepakat xnak singgah.



Alhamdulillah, kami sempat sampai utk solat Zuhur….
Ustaz tu nama die… Izat kot, student tahun ke 6, semester akhir.. . hehehe…. HAJAH2…

Wednesday, May 18, 2011

Ziarah Dalam, Madinah Part 3


Assalamualaikum…

Mase kt Madinah, selain ibadah solat, kita juga akan buat ziarah dalam & luar. Ziarah dalam maksudnye kite akan ziarah masjid Nabawi dan kawasan sekitarnye iaitu perkuburan Baqi’. Ziarah Luar pulak maksudnye kite akan ziarah tempat2 mcm Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan ade beberape majid dan tempat lagi.
Kite mulakan dgn ziarah dalam.

Mcm ziarah luar, ziarah dalam pun ade ustaz/ustazah yg bwk kita. Jemaah muslimin n muslimat berasingan. Kite akan ditunjukkan kawasan makam rasulullah S.A.W dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab. Tapi cuma dr luar, xdpt msk ye.Yang kita x dibimbing mase ke rawdah. Kita kena usaha sendiri. Pengalaman pertama aku ke Rawdah sendiri pun istimewa.

Masa kt kawasan makam, pastikan arah kiblat utk berdoa. Ramai juga jemaah yg salah. Mase sama2 membacekan doa buat Rasulullah S.A.W, rasa sebak sangat. Makcik2 ramai yg menangis. Aku cuba kawal tp tah nape mmg rase sayu sgt. Terlalu agung kasihmu ya Rasulullah…

Perkuburan Baqi’ plak Cuma sebelah je, kt situ ditempatkan isteri2 rasul tp bkn semua. Juga puteri2 rasululllah, putera dan cucu. Ramai lg dalam kalangan ahli keluarga rasulullah yg bersemadi kt situ.

Gambar ihsan Google.

Mengenai Rawdah plak, aku xsngka dpt ke situ. Kebetulan one day aku solat kt tmpt para petugas masjid mengumpulkan org2 yang nk ke Rawdah. Kalau lelaki, bile2 bole msk Rawdah. Kite muslimat ade waktu tertentu je. So, habis je solat Isha’ mase tu, ade sorg petugas ni, very young, bwk banner tulis BAHASA MELAYU. Kami yg xtau pape ni dudukla situ.

Rupanye, die asingkan kite ikut Negara tuk msk ke Rawdah. Mgkn sbb klu nak kena berebut dgn org dr Negara lain, kite org Asia ni mmg xde kudrat. Diorg main tolak je kite… jd kite akan msk ikut aturan. Mcmanepun, keadaan jd xterkawal. Semua org berlari2 bile dipanggil. Kalau fikir2 blk, takut… boleh mati kena hempap tau. Oleh sbb dah tolak menolak, aku secara xsengaja telahpun menjejakkan kaki ke KARPET HIJAU tu. Xsedar pun. Petugas tu tepuk bahu aku, die kate aku da dlm rawdah, mula berdoa. Ya Allah….. dalam kekalutan tu aku kuatkan semangat tuk berdoa. Alhamdulillah… selesai. Sbb dah terlalu ramai, kite xbole duduk lama. Kena bagi peluang org lain.

Bahagian Rawdah yg kita dpt msk bkn mcm dlm gambar tu ye. Kite dpt tgk blk sehelai tabir putih. Tp muslimin aku xpasti..

Tibe2 aku teringt petugas2 kt masjid tu, die panggil kite malay or Indonesian ni, IBU, IBU.. IBU DUDUK2.. hehe.. diorg pun dah tau bahasa kite.. hihi. Aku kagum!
Allahuakbar!

Tuesday, May 17, 2011

Masjid Nabawi & Hotel Al-Haram , Madinah part 2

Assalamualaikum……………

Aku telah berjanji dengan seorg sahabat utk melengkapkan entry berkenaan pengalaman haji dan umrahku tahun lalu. Harap dapat membantu beliau utk lebih bersedia dan insyaAllah dikurniakan haji yg mabrur… aku berenti kt mane ek… ha.. ok! Smpi kt solat Zohor yg pertama di masjid Nabawi, masjid rasulullah S.A.W.

Kalau difikir2 byk sgt bende nak crita, tp nnti org boring. Aku cuba ringkaskan mane yg boleh… xpe, kalau ade soalan , sila letak kt komen ye. .. jadi.. kenape kite g Madinah? Wajib ke? Brapa lama kt Madinah?

Kite ke Madinah utk ziarah ye, hukumnye sunat. Kalau g haji, biasenye kite akan stay dlm 8-9 hari lebih krg ckp 40 waktu solat. Pahala kite solat kt masjid Nabawi 1000 kali lebih dr masjid2 lain kecuali Masjidil Haram. Masjid Nabawi ade aircond, air Zam2 pun byk. Kami mmg xlepas peluang minum selepas tiap2 waktu solat. Walaupun dkt sgt dgn hotel, lebih baik pergi solat lebih awal. Lebih2 lagi bile dah semakin ramai org. mase aku smpi, masih belum terlalu ramai. Boleh lg solat dgn selesa. Tp dah lame sikit tu mmg sesak, kena byk bersabar ye...


X mcm Masjidil Haram, pintu msk tuk muslimin n muslimat telah diasingkan. Jd xperlu nk risau tersentuh jemaah lelaki ke ape. Cuma yg xbest tu, tiap2 kali msk, ade wanita2 arab yg akan periksa beg kita. Jd, kalau boleh, JANGAN bwk KAMERA/KAMERA PHONE. Kalau nk bwk, sorok2 dlm beg atau poket. Kalau x kite xdpt nak msk.

Lg satu, psl selipar. Pernah sekali aku letak kasut kt satu tempat, tgk2 blk dah xde. Ingtkan aku yg lupa letak mane. Rupenye petugas2 dah ubah tmpt lain sbb nak tutup pintu. Jd tinggl satu je pintu tuk kluar. So, tips saya ialah, BWK PLASTIK/BEG KASUT kemane2 je kite solat. Ade rak2 tuk kasut kt tiang2 masjid kt dlm. Letak dkt tmpt yg berhampiran dgn tmpt solat kite. Kalau letak kt almari kasut kt luar pun bole, cume biasenye kite akan lupa.. Huhu.. kite INSAN biase….



Lagi satu tips berguna, persiapkan diri kite dgn ilmu2 yg pntg. Antaranye, SOLAT JENAZAH. Bole kate hampir setiap kali habis solat wajib, mesti akan ade solat jenazah. Jd, kalau tau blela kite ikut solat same. Solat Subuh juga xde doa Qunut ye kt sane.

Berkenaan Hotel, hotel2 yg disediakan pihak Tabung haji pun dah sgt OK kalau kt Madinah ni. Kebanyakannye mmg dkt sesgt dgn Masjid Nabawi. Xsempat nk peluh pun. Kami dapat duduk di Hotel Al-Haram. Satu bilik kami dok 5 org. Selesa walaupun ramai satu blk sbb blk die agak besar. Alhamdulillah… Mgkn hotel 3 bintang ke 4.. kami dok tingkt 13. Huhu.. nak tunggu turn naik lift sgt menuntut KESABARAN. Harap byk3, BERSABAR…

Pening kepale sbb byt sgt bende nk luahkan… huhu, kite stop smpi sini dulu…

Friday, April 22, 2011

Sampai2 dah ade cabaran.. Madinah part 1



Assalamualaikum.............

Aku berlepas dr KLIA 13 Oktober 2010, lepas lebih kurang 8 jam perjalanan, Alhamdulillah kami selamat sampai. Pihak tabung Haji mmg terbaek!. Kami rase mcm VIP, naik bas siap ade escort. Tapi kt negara sendiri mmgla best…. Smpi je ke Jeddah……….

First skali cari toilet dlm terminal. Yela, dah lebih 8 jam menahan… toilet kapal tebang kan airnye terhad. Kite muslim ni mmg pyh sketla nk guna toilet mcm tu esp pompuan. Makcik2 jemaah pun tuju toilet. Tapi………….. huhu. Smpi2 je toilet, dpt tau yg.... AIR xde!!!! Aku dah risau giler da mase tu. Dlm fikiran ni, camanela nak tahan 46 hari kt sini klu ade mslh air mcmni… tapi.. Alhamdulillah……

Walaupun terpaksa tahan tuk seketika lg, tp yg pntg air ade.. bknla kering mcm padang pasir mcm kite slalu tgk TV tu.. Lepas dah cek pasportla, kaunter tu, kaunter ni, bratur sane, bratur sini, akhirnye dpt kami kluar dr terminal utk meneruskn perjalanan. Dan… kt situlah kami nmpk toilet disana sini.. Alhamdulillah…. LEGA! Dalam airport je yg xde air..



Lepas tunggu beberape jam, bas pun sampai. Itupun kena tunggu giliran kite. Kat sana x efisien mcm kita kt M’sia ni.. Mgkn sbb jemaah terlalu ramai.. Pendek crite, kami dah slamatla naik bas. Dalam pkl 3-4 pagi kot. Dalam bas dijamu nasi Arab n mknan ringan. On the way, tempuh Subuh. Tp.... Driver x mau berenti tuk solat. Kami pun xphm kenape. Nak argue xphm ckp Arab.. Yg mane tau, kami buatla solat menghormati waktu. Bila sampai kena qada’ blk.

Td dah penat 8 jam dlm flight, naik bas plak lg 7 jam.. Mmg letih. Driver singgah skali tuk minum.. Sepjg jalan berdebu. Mule2 xperasan. Pastu kebetulan duk seblah sorg akak ni, die sensitip debu. Diela bgtau yg baju kami tu dah berdebu. Bile2 ketuk2 baju tu.. mmg terbukti berdebu.






Oh ye, kami ni on the way to Madinah Al-munawwarah. Along the way, mmg susah nk jumpa building. Batu dan pasir2 je byk. Selepas 7 jam lebih kurang, kami sampai. Dah nak msk Zohor, letak2 beg, sume org dah kelam kabut nk g Masjid…

Tu je entry takat rini...