Click Me ^ _^

Monday, December 12, 2011

Sana Sini BR1M

Assalamualaikum...

Malam ni ada kekuatan pulak nak update blog. Kebetulan Criminal Mind episod yang dah tengok. Letih giler sebenarnya sebab kerja straight seminggu non stop. Dengan bermulanya pengedaran borang 10 Disember haritu, bermulala tugasan mencabar kami satu team. Lebih kurang mcmnila pengalaman aku menghadapi tugasan ni:

Day 1, 10 Dis 2011
- bertugas dekat kaunter Jalan Duta. Patutnya edar borang dan terangkan je. Tapi sebab dah ramai, aku n Faten jadi tukang tuliskan borang untuk orang2 yang buta huruf, warga emas yg memang dah xboleh dan macam2 lagi masalah smpi xbole isi borang. Kesian tengok, orang tua2 sign pun menggeletar. Mungkin orang lain mengelak tugas mcm aku n Faten buat masa tu tapi kami suka. Ikhlas dari hati. Puas hati dapat tolong orang. Cuma GERAM pada org yg ambil kesempatan. Muda belia xnak tulis. Gementarla apela. Rase nak sepak je... Haritu dahla panas giler. Tapi Alhamdulillah ada kekuatan.

Day 2, 11 Disember 2011
- bertugas kat Dewan Sivik Taman Segambut Sejahtera. Kebetulan ada gotong royong mula2 ramaila. dah tghari lengang. Tapi penduduk siap bagi kami makanan lagi sbb ada gotong royong tu. Alhamdulillah. Kalau xmenu sama jela 2 hari. Sebab lengang, Puan Pengarah mintak kami bertiga ke hot spot, Jinjang.
-Fuuhhhhh... mmg giler hotspot. Ramai betul. Mostly warga emas. Ramai pulak tu memang dah xboleh tulis. Yang masalah xpaham bahasa Melayu lansung pun ada. Wargghhh... Melayu tahan g. Tapi kawasan tu... al maklumla.. cakap menyembur g x kira.. Sebab sebab tolong 2 jam lebih je, xrasa sgt kehangatan die tu.

Day 3, 12 Disember 2011
- harini one whole day kat Jinjang. Rase nak patah jari jemari menulis borang. Ade gak 2 3 orang ,muda belia yang amik kesempatan. Malas nak gaduh, tuliskan aje. kebanyakan atuk2 nenek. Bau diorg jgn ckpla. Yang bau arak pun ada. Yang dah terang xlayak pun nak gak. Macam2.. Yang aku tahan, masa menulis tu, ternampak satu uncle/atuk tu. Air liur die meleleh je.. Ya Allah... xtaula nak cakap camane. Sempat berpikir, camanela aku nak hadapi org tu...
- Alhamdulillah... xlama lepas tu orang tu hilang. Bukan ape,Melayu xpe lagi. Sebab bukan Islam, macam2 berlegar dalam kepala ni. Ada menteri dtg pun aku xsempat tgk. Kaum die pun dah xdgr cakap die, Rm500 punyer pasal..

Esok aku and Faten akan ke Jinjang lagi. Redha jela. Dah dapat kerja ni pun aku dah sangat bersyukur, xkesahla keje berat mana pun, yang penting x stress. Seronok dah kawan dengan adik2 ni semua (Bodek Syasya). Gelak je banyak...

Ni je update rini. Mungkin xmenarik but afterall.. Its my blog kan? Suka hatila! hehe.. Wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

Missin this moments..

Assalamualaikum...

Minggu ni nak dekat 3 minggu dah kat tempat baru. Kawan dgn adik2 ada masa boring ada masa seronok sebab rasa muda sket. Hihi.. Tapi dah tentu xkan sama macam kat ofis lama dulu.

Rindu my closest frens kat admin. Rindu buat akaun, rindu buah potong sedap, rindu uncle kat shiraj. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit.

Dalam masa sama, lega dah x stress. Badan pun rasa selesa. Masalah istihadah pun dah xde insyaAllah. Tapi rase serba salah pada bos n penggantiku tetap menebal. Selfish ke aku? Kwn2 dekat je paham situasi aku. Nape aku buat keputusan camni.

Thanks frens for your support. Bila kita nak farewell kat seoul garden nih?

Sunday, December 4, 2011

Basikal untuk Afiyah Zahra

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya impian kecil nak beli basikal untuk anak buah kesayanganku tercapai. Xboleh tangguh dah, bulan depan xpasti keadaan kewanganku camane. Xboleh nak bemewah sangat dah.

Puas hati, harga pun berpatutan. Afiyah pun seronok sampai nak terlelap orang tolak die. Haha. Xlama lagi adik dia lahir tah camanela die. Skarang bukan main nakal lagi. Xpenah dok diam. Kadang2 tgk kartun Rio tu je die khayal jap.

Impian kecil terlaksana sudah. Impian sederhana besar? Impian besar? Satu persatu ku menyusun strategi. Moga Allah permudahkan jalan ku. InsyaAllah.

Saturday, December 3, 2011

Birthday surprise by TGV Cinemas!

Assalamualaikum...

You all pernah x dapat tiket wayang free? Dapat 4 keping pulak tu. Alhamdulillah.. tahun ni aku bertuah dapat hadiah birthday from TGV Cinemas through Nuffnang.

Semalam waktu lunch our aku ke Jalan Yap Ah Shak, yang mana terletaknya pejabat nuffnang. Tujuannye nak collect complimentary pass atau tiket wayang TGV Cinemas for any movie at TGV Cinemas outlet nationwide.. Best kan?

Aku x decide lagi nak tengok movie apa. Ombak rindu? Depends pada adik2 nanti. Aku pun xpernah tgk wayang. Kalau x pasal dapat free ni jangan harapla nak melangkah ke wayang.

Thank you nuffnang team and of course TGV Cinemas for this special birthday surprise.

So.. Isn't it lucky to be a nuffnangers?

Thursday, December 1, 2011

Bantuan Rakyat RM500


Assalamualaikum...

Nak dekat 2 minggu dah aku kerja tempat baru. Lansung xde kait ngan akaun. Tapi ada kait ngan duit.. hahaa. Kami diberi tanggungjawab untuk projek khas bantuan rakyat RM500. Mula2 kata akan keluar borang 1 Disember. Semalam dah keluar kenyataan yang borang pendaftaran akan mula keluar 10 Disember 2011 ni plak.

Bukanla bekobar benor nak mulakan projek tu. Cuma boring skarang tolong unit2 lain. Dah la kumpulan projek kami ni banyak adik2. Rasa macam tua benar.. Budak yang mcm 3 suku pun ada. Lawak2 jugak, tapi serabut jadinya melayan kerenah diorg tu. Nasib ada sorang adik ni yang aku serasi. Alhamdulillah...

Kebetulan skarang aku tgh tolong unit duti setem yg kat tingkat bawah. Jadi ade dengar staf merungut pasal harini ramai betul orang dah tanya pasal borang bantuan rakyat tu. Ramai ingat dah keluar harini. Jenuh diorg kat kaunter menjawab. Dah bengang sangat, diorg amik keratan akhbar yg tulis 10 Disember tu, fotostat kasi besar, tepek kat kaunter tu. Ha.. amek ko!


Manusia bila bab duit.... So, ingat ye kawan2, 10 DISEMBER baru kluar borang tau. bagitau sedara mara yang layak tu nanti k. Kerajaan dah bagi jangan xamik..

Nanti dah ada maklumat terkini pasal syarat2 kelayakan dan apa yang perlu ada untuk tuntut RM500 ni aku update g. Buat masa ni kami baru diberi taklimat secara ringkas.
Syarat2 dia dah tau cuma ada beberape issue nak kena clearkan dulu.

Ok, itu je info rakyat harini... Wassalam...

Monday, November 28, 2011

Jom ke Melaka!

Assalamualaikum...

Aku sedang melalui saat2 perubahan dalam hidup aku. Aku xtahu kesan dia pada masa akan datang. Aku berserah dan tawakal, moga aku telah membuat keputusan yang betul.. jadi, dalam masa kelam kabut haritu... aku turun Melaka jumpa one of my best fren, Zulaiha a.k.a Intan Ellina Xavier. Ahaks!!! gedik..

Kalau iku hati, mcm xjadi nak turun sana. Tapi psl da plan n da janji ngan Ulai, teruskan je. Pikir tgh2 stress elok gak g tukar angin.. Dari Rawang-x ofis-TBS-Melaka. Turun2 bas, Ulai da sampai. Trip kali ni, sorg lagi kawan kami join. Maintain kurus keding, Saadiah nama die. Panggil Seth.

Destinasi pertama, solat di Masjid Tengkera.


Sebenarnya nak singgah makan mihun sup sedap gilerr kat area tu. Skalila trus solat. Sangat kagum dengan Masjid ni. Sangat bersih, cantik, ada nilai2 sejarah yang dikekalkan tapi ada unsur2 moden macam TV flat screen.



Lepas ni makan bihun sup sodap.. Tapi xde gambar. Tapi cari dekat area masjid Tengkera ni ye.

Selepas tu, kami bergerak ke hotel untuk rehat. Hotel Coastal Park. Hotel biasa je, tapi dah cukup selesa dan cantik. Sebab byk hotel penuh kami tido je hotel kami penah dok haritu. 3 org rm120 kat Ujong Pasir.


Dah rehat dan mandi2, misi mencari baju untuk dipakai esok. Kami ke Dataran Pahlawan. kat sini dah ade tempat shopping tau. Dulu masa aku kecik xda semua ni. tingkat bawah ada bazar barang makanan yg famous kat meleka mcm cencalok, gula melaka, barang2 kraftangan, baju2 t-shirt Melaka, mcm2 ada.




Lepas dapat baju, kami pergi makan malam pulak. Nak pergi makan satay, satay dah habis. Nak pergi Asam pedas hajjah Mona, penuh giler. Last2 pegila kedai Asam Pedas ni, sedap jugak. Tapi satay tempat ni kureng. Asam pedas satu set dengan nasi dan telur masin. Seth sorang je makan. Kami tumpang. Yang special tempat ni asam pedas dia dalam claypot. Panas2 lagi. Sedap2..



Makan malam selesai, Ulai bawak round2 Melaka. Pergi ke Vila Sentosa. Tempat ni ada rumah lama melaka. Ulai kata kerajaan negeri bagi peruntukkan untuk buka lampu terang benderang waktu malam sebagai tarikan pelancong. x singgah pun, lalu je kami. yang comel nye, depan rumah2 ni, ada rumah Mini ala2 rumah asal.


Dah round2 situ, kami je Jonkers Walk plak. Ala2 Petaling street gitu tapi xdela barang2 imitation, more pada souvenier. Sangat menarik dan comel barang2 dia. Harga pun OK. tapi dalam kul 12 tu da bungkus. Lain kali kena g awal sket. Apa2 pun meriah susana dia dengan lampu2.


Esoknya, kami mulakan hari dengan brunch, breakfast+lunch dekat Windmill kat Melaka raya. Boleh tahanla makanan dia. Tapi aku punya Sirloin steak xbrapa best. Sos blackpepper die kureng. However minuman best. Milkshake pun sedap. Jom layan gambar.




Aktiviti seterusnya, kami ke pantai Puteri. Sempat sekejap je pasal hujan. Tapi dapat tengok laut dan dengar deru ombak dah cukup menenangkan. Hilang stress sekejap.



Lepas ni, aku pun balik ke KL. Seth balik esoknye sbb tiket ke Shah Alam dah habis. Last skali, terima kasih pada kawan2 ku sudi bawak aku jalan2 santai pusing2 Melaka, makan sedap sana sini. Dan yang paling penting, sudi mendengar luahan perasaanku yg sedang kecamuk masa tu. Untuk Seth, moga ko di murahkan rezeki beb. Kami doakan yang terbaik utk ko. Do what you think best for you... GOOD LUCK!

Sekian, trip perjalanan ke Melaka 2 hari 1 malam utk menghilangkan stress. Jom jalan2 Melaka. Best!!!

Bila wang ringgit jadi ukuran...


Assalamualaikum...

Sekarang ni semua duit. Orang putih kate, no money no talk. Macam tu sekali pengaruh duit pada hidup kita. Tapi... adil ke kita menilai kejayaan, hati budi dengan duit? Betul ke dengan duit kita boleh bahagia?

Aku tengah mencari2 jawapan untuk semua ni...


Jodoh
Aku ingat lagi dulu masa belajar kat UiTM, one of my lecturer penah kata. Once you have money, petik jari je, lelaki datang kat kita. Tapi dengan cara tu, dapat ke kita cari suami yg baik? nak ke suami yang nak kat kita sebab harta? bolehke kita dapat suami yang boleh janji kita masuk syurga? Bila dah xde harta dia xnak dah la kat kita x?

Kasih sayang
Semalam aku dapat satu lagi rumusan. Kalau kita bagi duit kat orang slalu contohnya pakcik makcik kita, kita ambil berat dan xsombong pada mata orang tu. Macam tu ke nilai kasih sayang? Kalau kita bagi duit paling banyak kat parents kita maknanya kitala yang paling sayang pada diorang? Adil ke macam tu?

Kejayaan Hidup
Orang yang gaji banyak, berjaya ke dalam hidup? Macam mana nak ukur kejayaan mcm tu? Bukan ke gaji banyak, tanggungjawab pun banyak? kerja siang malam sampai x ada masa nak bersama keluarga. Tapi bila ada duit kita boleh provide for best educationkan utk anak2.. Cumanya kita x ada masa nak bersama keluarga kita untuk menikmati semua tu.


Kesihatan
Bila duit banyak, selera pun makin tinggi. Makan macam2, semua nak cuba. Pasal sakit penyakit, xyah pikir dulu. Muda g kononya kita ni.. Tapi ada duit, boleh bayar insurans tiap2 bulan sebagai jaminan. habis tu bole ke nak makan semua bende walaupun kesan die mungkin memudaratkan? Konfius2... Kita juga mungkin akan melalui STRESS bila terlalu kuat bekerja, tul x? So camana?


Ibadah
Macam mana buruk pun kesan duit pada kita, x dinafikan kita boleh gunakan kemewahan untuk beribadah pada Allah s.w.t dengan lebih banyak cara/jalan. Boleh sedekah, boleh buat haji... Tapi berapa orang sangatla yang sanggup gunakan harta kekayaan die untuk membantu orang lain? yang nak g haji muda2?

Kesimpulanku:
- Duit memang penting, tapi xadil untuk kita ukur seseorg berlandaskan duit. Yang penting bersederhana, jangan lupa kongsi dengan orang yang memerlukan. Duit bukan segala2nya. Ianya bukan penjamin kebahagiaan. Percaya pada rezeki yang Allah bagi, jangan jadi hamba duit!

Friday, October 7, 2011

Servis kereta

Assalamualaikum,

Nak share lawak harini. For me lawakla...

Abah: oo, esok nak bawak Unser servis pagi. Petang nak bawak Saga plak servis

Aku (dlm hati jela) : ish, rabu ni nak bwk teksi plak g Puspakom.

Tibe2 my youngest sis, Masreenz kate: "Abah, basikal Masreenz?"

(Basikal dia dah lame tersadai nak kena repair)

Abah (sambil tergelak dan muka berslh) : esok kedai basikal bukak kan???

Hahahahahaha... Sian Abah. Dari kreta besar sampai yg bertayar dua pun nak kena maintenance. Yg lain tau bwk je..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 5, 2011

Sesungguhnya by Ungu

Assalamualaikum,

Lagu lama tapi lirik dia bermakna.

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia x sanggup lagi berharap
Ketika mentari x sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
DihadapanNya...
Dihadapanmu Ya Allah

Sesungguhnya manusia x kan bisa
Menikmati syurga.. tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia x kan bisa
Menyentuh nikmatnya.. tanpa tulus di hatinya

Rumusan : Ikhlaskan hati insafi diri.

Sunday, October 2, 2011

Simple Strawberry Milk Shake

Assalamualaikum...

Entry Haji kita stop dulu buat sementara. Sebab entry haji i have to do it carefully supaya xsalah letak aturan dlm perjalanan haji dan umrah tu. Harini nak wat entry yang santai2 je.

Today aku nak share resepi Strawberi Milk shake yang aku jumpa kt internet ni. Dah try. Memang sedap. Yela strawberi kan masam. Kalau dah beli pastu xbole nak habiskan sbb masam sangat bolela kita buat milk shake. At least xmembazir n kita dapat gakla vitamin dari situ.


Resepi:

1/4 cawan strawberi
1 cawan susu segar
2 sudu gula (x taruk pun xpe)
2 scoop aiskrim vanilla (perisa lain pun Ok, ikut tekak masing2)

Cara:
Blend je semua sekali..


Ha.. tu dia. Budak yang sangat happy dapat minum milkshake strawberry tu.. My youngest sis, Masreenz. Sedap kan Yang?

Lepas blend tu terus minum. kalau biar lama xsedap sbb ada aiskrim tu kan. Selamat mencuba!


Licin... Simple kan?

Setahun dah berlalu...

Assalamualaikum...

Lama xupdate blog. Sibuk sgt. Letih, stress semua ada. Sedar x sedar dah setahun pergi Haji dan bergelar hajah. How time flies... Entry Haji pun xsiap lagi dah musim haji semula. Esok Munirah (kawan masa praktikal) pun akak bertolak menunaikan haji. Wawa doakan Munirah buat yg terbaik ye. insyaAllah haji Mabrur..

At the same time, risau sgt pasal kak ida, my ofismate. Masih belum baik dari sakit. Kuatkan semangat kak ida. Bak kata Al-Fatihah kt Cerekarama td, Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita. Dia bagi kita peluang utk menghapuskan dosa2 kita. Wa pasti kak Ida boleh mengharungi dugaan ni. InsyaAllah... xceria opis kak ida xde.


Aku ada banyak sangat idea nak update kt blog. Masa dan kudrat xmengizinkan. Hopefully dapat share semua tu kat sini nnti. Ini je entry utk harini. Nothing much, just prayers for Kak Ida, get well soon and Selamat Menunaikan Haji to Munirah.

Tuesday, August 9, 2011

KOMUTER need improvements

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua.. xsmpt nak berblog skarang ni. tah kenapa rase letih teramat 2 3 menjak ni. Dari sebelum puasa lagi.. Mungkin xckp rehat. Asik tido lambat pastu nak kena bangun awal2 pagi. Orang baru nak celik mata aku dah atas jalan. Letihla kan keje? lagi2 kalau jauh.

Puasa ni memang menguji kesabaran kita kan? Allah menguji sejauh mane kita boleh bertahan dengan dugaan2 yg melanda kita. Terlalu byk kebaikan bulan ramadhan yg xpatut kita sia2kan.. Dugaan yang Allah bagi pada kita, harus kita tangani dgn sabar.

Nak jadi cerita, Jumaat lepas aku terpaksa naik tren KOMUTER nak blk rumah sbb abahku dah blk dulu. xdpt nk tumpang die. Sampai2 stesen BTS tu, dah ramai giler org. Sbb xde alternatif yg lebih cepat, aku tunggu gak. Tren pertama smpi, xbole msk. Dtg tren ke2, blela sumbat2kan diri.


Aku dah biasa sgt berimpit2 dalam tren ni. Skang pun dah ade coach wanita, so xpela klu nak kena berimpit pun. Tren mmg teramatla sesak mase tu. Standardla komuter, delay, rosak, kabel putus biase. xble nak berdiri straight pun mase tu. bertahan pada pautan besi je.

Dari bts ke KL, 2 org pengsan dalam coach aku tu. Yg sorg tu tul2 seblah aku. aku tolong angkatkan die. Seblom tu ada budak kecik ngan mak ayah die naik, mula2 Ok. dah gerak sikit, die menangis teresak2 macam sedih sgt sbb terkejut dgn keadaan tren yg sgt teruk mase tu. Org bertekak, bergaduh, menjerit2. Itu semua aku dah biasa..

Elok pas bdk yg pengsan td Ok, tren terasa senget. Aku ni dala berdiri. rase nak terbalik tren mase tu. Lampu plak mcm meletup, kelip2 lame padam. Dan akhirnya tren berenti dgn jayanye di tngah2 jalan, xjauh dr stesyen putra. dah nak kluar jalan Kuching mase tu. Wanita2 di dalam coach sudah panik, menjerit xtentu psl. Dah mcm dalam TV plak aku rase. Orang buat announcement pun xdgr psl sibuk menjerit diorg tu.


Tengok2 org coach lain dah turun tren. Memang ramai betul la mase tu. Macam xpercaya seramai tu org dr tren 3 gerabak tu. Setelah confirm, kami pun terpaksa melompat dari tren. huhu. Dala pakai baju kurung. Seksi menyeksi dah xkire. Aku turun tu, hampir terjelepok. Alhamdulillah ade org tlg pegang mase nak turun tu. Sbb xde choice kami terpaksa menapak patah blk ke stesyen Putra mase tu. Ade yg naik bukit. Aku xnak sbb pikir pakai baju kurung.



Waktu buka dah nak dekat. Aku tawakal jela mase tu. Jalan je atas rel keretapi tu. Sakit tapak kaki sbb batu atas rel besar2. Seblom smpi Putra, aku nmpk ade pintu kuar. Sebab xnak sakit pijak batu, aku jalan seiring ngan kete ikut jalanraya. org lalu lalang tgk je kami. jalan punyer jalan, akhirnya smpi PWTC. Aku trus bejalan ke The Mall. Just on time nak buka. Beli makanan, azan pun berkumandang, trus buka.

Apa yg aku nk highlight kt sini ialah servis komuter semakin teruk keblakangan ni. Kita sebagai pengguna setia jadi mangsa. Kalau ada org mengandung mase tu mcmane? Nak lompat tren tu. Ya Allah.. Hampir setiap hari delay. Rosak kerap sgt. Lagi satu tlgla jangan berebut dan bergaduh bila naik tren tu. Perempuan especially. nak jugak msk walaupun dah padat. Dah tren failure, padan muka korang kena berjalan.

Pihak komuter diharap dapat mengatasi masalah2 yang sering berlaku kebelakangan ni ye. Teruk sgt servis anda!

Thursday, July 21, 2011

My Ipod Touch

Assalamualaikum...

Aku xminat sgt gadget2 ni. Blackberry yang ada ni pun dah cukup best. Berbaloi2. Tapi.. aku suka gak main game. One day Kak Sab bawak Ipod die datang ofis. Sejak tu rasa tertarik plak. Aim nak main game je pun mula2. Pikir kalau boring2 naik tren lama boleh main. Naik kete ke, tunggu orang ke..


Mula2 berkira gak nak beli. Agak mahal. rm829. Berape kalila survey website Apple tu. BB aku beli pun rm588 dengan pakej Celcom. Tapi dah rezki, ade peluang mase tu, dapatla beli dan bayar secara ansuran. Alhamdulillah...

Dah beli ni jumpa banyak bende2 menarik selain game yang boleh kita buat dengan Ipod touch ni tp tetap main game adelah fokusnye. I like! dan dia lebih seronok lagi kalau ada WIFI kat tempat kita duduk pegang die tu.




Function sama macam handphone, cuma xboleh call. Game, gambar, lagu semua clear pic die. Nak FB? Nak tengok cite kt www.tonton.com.my? Nak tau cuaca? Stock market? nak simpan nombor/detail kawan2? K-POP? semua ada. BEST. yang penting ada WIFI ye kawan2.

Kalau xde WIFI, kita main game jela. OK what? Sesuai untuk orang macam aku ni, byk naik tren, menungggu dan boring kadang2. Aku xmain, adik2 berebut nak main. Bole upload baby/children punya program jugak. so, Afiyah Zahra, anak buah kesayanganku pun bole main.

Sekian dari jurucakap Ipod Touch, Epal Malaysia.

Ziarah, Makkah Part 5


Assalamualaikum...

Selesai buat Umrah, kebanyakan jemaah akan pergi menziarahi kawasan sekitar Mekah. Nak survey keadaan tempat mase nak buat haji nanti. Kita bolehla kumpul agak2 cukup org satu van, lepastu mintak pak Arab bawak kita melawat tempat2 sejarah selain tgk2 tempat nak melontar, nak berwukuf semua. X ingat dah kena charge berape sorang... huhuhu

Antara tempat yang sempat kami lawati:
1) Jabal Thawr
-tempat Rasulullah S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq sembunyi selama 3 mlm ketika peristiwa hijrah dr Makkah ke Madinah.


Bahasa Indon ade kt board tu kan? Kagum2 kami mase tu.. Kat masjid Nabawi pun ada. Bahasa Arab, Indon n Turkey yg ada tu mgkn sbb tu antara jemaah teramai setiap tahun yg buat Haji n Umrah.


2) Jabal Rahmah
- orang kata tempat kita berdoa kalau nak mintak jodoh. Mama tersipu2 malu nak suh aku doa mase tu. hahaha.. kalakar kalau ingat2 blk. yg xbest tu tempat tu xdijaga dgn baik. Sampah, conteng2 sume ade.Ade org akan offer nak amik gambar ngan unta. Hati2 dgn pak2 arab ni, die kire brapa keping gambar die amik tau, bkn charge skali je. Sekeping 10 riyal kot. Naik unta lain plak harga die. Hati2..


Atok Fiyah naik unta da...

3) Jalan2 survey Arafah, Muzdalifah & Mina


Oleh sbb banyak masa lapang, bagus jugak kita pergi tgk tempat2 sejarah ni. Kita
pasti kagum dengan kebesaran Allah dan kekuatan/semangat manusia zaman dulu. Contohnya kalau tgk kat mana gua Hira' terletak, mesti kita kagum mcmana Rasulullah boleh naik ke atas tu mase terima wahyu..

Selain dari tu, hotel aku terletak seblah perkuburan Ma'la. Jauh skali beza kubur di Mekah berbanding kita kat Malaysia ni. Kubur die berlapis2. Tanda nama pun x de.


Gambar dari tingkap surau hotelku, Masat Al-Hariry.

Tu je entry kali ni. Wassalam....

Thursday, July 14, 2011

Hati2 berpakaian..

Assalamualaikum...

Aku bukanlah Ustazah. Aku insan biasa yg xlepas dari melakukan dosa. Tapi harini terpanggil nak share sesuatu yg aku alami hari ni sebagai pengajaran atau peringatan buat kite...


Harini dalam perjalanan naik Star LRT blk kerja tadi, adela 3 org ni msk tren. 2 perempuan, 1 lelaki. Kakitangan kerajaan rasenye. Tah camane aku ble lak terpandang salah sorg perempuan td. Mungkin sbb uniform die kot. xtgk pun rupa paras die, cuma ternampak baju yg die pakai.

Tau ape yg xkena dgn baju die??? jeng3...

Salah satu butang baju die terbukak ye kawan2... Tepat di bahagian 'itu'. bole nampak baju dalam die berwarna apa. Aku nak tegur... tapi seperti telah aku citer td, diorg bertiga,ade laki sorg. Aku takut die malu dpn kawan die tu sbb diorg dok seblah menyeblah. Tp Alhamdulillah, sambil aku berkira2 nak bgtau die, die perasan butang die terbukak. Mungkin kawan die lg sorg tu buat isyarat mata dengan die.

Die malu tapi boleh cover lagila. die ambil beg die cover n smbil tu butangkan. xtau die ckp ape mase tu, tp nmpk gaye mcm kawan laki die tu dah perasan butang die terbukak. Istighfar bdk laki tu sekejap..

Agak2 die pakai tudung x kawan2? mcm xpakai je ek..

Tapi die pakai tudung ye. Cuma tudung die terlalu pendek. Bwh sikit je dari leher. Mungkin sbb die agak chubby n baju tu fit, butang tu terbukak sendiri. But what was in my mind is... kalaulah die pakai tudung labuh sikit, tentu xjadi perkara mcm tu.
Itu tren xsesak tau...


Moral of the story:

-Fesyen tudung mmg dah mcm2, but please pilih tudung yg sesuai. Bukanla nk kena pakai tudung labuh ke ape, yg penting tutup bahagian dada tu. Malu... utk langkah keselamatan, boleh jugak pinkan bahagian tu.

Aku xsempurna. Jauh dari sempurna. Terlalu byk dosa. nak buat entry ni pun aku pikir layak ke aku nk cakap.. Tapi, cuma sekadar memperingati... why not kan?

Thursday, July 7, 2011

Saie & bergunting, Makkah part 4

Assalamualaikum...

Huhu tekanan kerja sudah bermula kembali.. Tapi misi harus diselesaikan. Berusahalah, ummm!!! InsyaAllah...


Lepas tawaf, kita akan bersaie. Kalau tawaf kena ada wuduk, saie x perlu ada wuduk pun xpe. So Saie tu kite buat ape? Saie ialah berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah dengan syarat2nye.

Ustaz pernah bagi anggaran jarak perjalanan Saie Marwah. Dalam 4.2km sekali kita buat saie. Pernah ke kita berjalan 4.2km? Shopping mungkin? Nak berulang alik 7 kali tu yang mencabar sebenarnye. Aku sendiri ade skali tu, tiba2 jadi lupa dah brape kali aku pusing. Pastu siap konfius aku ni kt Safa ke Marwah? Huhu.. mungkin kerana terlalu asyik berjalan kot. Sambil nak bace doa mane yg boleh.

Saie ni memang aku buat sorang2. Kenape? Lepas tawaf (which biasenye aku lambat siap)kite trus akan buat tawaf. So, abah mama pun xnakla tunggu anak die yg lambat ni. Aku pun xkesah. Mase tu tah nape konpiden je akan jumpa abah nnti. Aku percayakan kuasa Allah. Walau sesesak mane aku redho.


Alhamdulillah semua saie dapat aku buat kat tingkat bawah. Kat atas pun boleh cuma xfeel. Sepatutnya perjalanan Saie kita akan berakhir di Marwah ye. Lepas siap Saie, terus bergunting, jangan tangguh dulula apela. Sebab kalau buat umrah, selagi xbergunting, selagi tula kita dlm ihram.

Lagi satu, jangan konfius! Dulu makcik2 blk aku kt Mekah dah penah salah. Diorg bergunting kt Safa. Jangan jadi gitu ye kawan2. Nanti kena bayar dam pulak. Dah jalan2 tu mesti haus kan? jangan risau, paip2 air zam yang sejuk dan nyaman byk sepjg Safa marwah. Tegukla byk mane nak.. Serius sedap!

Cabaran die sama mcm tawaf lebih kurang. Terlalu ramai org yg dalam group. Mungkin akan mengganggu kelancaran perjalanan kita dan satu lagi diorg berdoa kuat sbb ramaikan? Kalau xbetul2 kusyuk, kita boleh jadi terleka dgr doa diorg dan boleh jadi lupa pusingan kita.

Yang payah bila sorang diri ialah mase bergunting. huhu. Terkial2 nk pegang gunting, nk selak telekung. Cari rambut yg dah pendek.. hahaha.. pengalaman2... aku ade guntingkan rambut org. tapi aku segan nk mintk org guntingkan rambut aku. Sebaiknya, kita gunting rambut kita baru guntingkan rambut orang tau. Moral: better ade kawan sorang.


Dengan bergunting, berakhirlah rukun umrah dan haji kita selain tertib ye . Kalau buat umrah, kira dah dapat satu umrah. Kalau bab Umrah kira dah setel la entry aku ni, insyaAllah.. Kalau Haji ade banyak benda kena tulis lagi. Nantikan entry2 berikutnye dgn sabar ye!

*semua gambar utk entry kalini adalah ihsan Google. Aku xde gambar plak mase buat ni.