Click Me ^ _^

Monday, November 28, 2011

Jom ke Melaka!

Assalamualaikum...

Aku sedang melalui saat2 perubahan dalam hidup aku. Aku xtahu kesan dia pada masa akan datang. Aku berserah dan tawakal, moga aku telah membuat keputusan yang betul.. jadi, dalam masa kelam kabut haritu... aku turun Melaka jumpa one of my best fren, Zulaiha a.k.a Intan Ellina Xavier. Ahaks!!! gedik..

Kalau iku hati, mcm xjadi nak turun sana. Tapi psl da plan n da janji ngan Ulai, teruskan je. Pikir tgh2 stress elok gak g tukar angin.. Dari Rawang-x ofis-TBS-Melaka. Turun2 bas, Ulai da sampai. Trip kali ni, sorg lagi kawan kami join. Maintain kurus keding, Saadiah nama die. Panggil Seth.

Destinasi pertama, solat di Masjid Tengkera.


Sebenarnya nak singgah makan mihun sup sedap gilerr kat area tu. Skalila trus solat. Sangat kagum dengan Masjid ni. Sangat bersih, cantik, ada nilai2 sejarah yang dikekalkan tapi ada unsur2 moden macam TV flat screen.



Lepas ni makan bihun sup sodap.. Tapi xde gambar. Tapi cari dekat area masjid Tengkera ni ye.

Selepas tu, kami bergerak ke hotel untuk rehat. Hotel Coastal Park. Hotel biasa je, tapi dah cukup selesa dan cantik. Sebab byk hotel penuh kami tido je hotel kami penah dok haritu. 3 org rm120 kat Ujong Pasir.


Dah rehat dan mandi2, misi mencari baju untuk dipakai esok. Kami ke Dataran Pahlawan. kat sini dah ade tempat shopping tau. Dulu masa aku kecik xda semua ni. tingkat bawah ada bazar barang makanan yg famous kat meleka mcm cencalok, gula melaka, barang2 kraftangan, baju2 t-shirt Melaka, mcm2 ada.




Lepas dapat baju, kami pergi makan malam pulak. Nak pergi makan satay, satay dah habis. Nak pergi Asam pedas hajjah Mona, penuh giler. Last2 pegila kedai Asam Pedas ni, sedap jugak. Tapi satay tempat ni kureng. Asam pedas satu set dengan nasi dan telur masin. Seth sorang je makan. Kami tumpang. Yang special tempat ni asam pedas dia dalam claypot. Panas2 lagi. Sedap2..



Makan malam selesai, Ulai bawak round2 Melaka. Pergi ke Vila Sentosa. Tempat ni ada rumah lama melaka. Ulai kata kerajaan negeri bagi peruntukkan untuk buka lampu terang benderang waktu malam sebagai tarikan pelancong. x singgah pun, lalu je kami. yang comel nye, depan rumah2 ni, ada rumah Mini ala2 rumah asal.


Dah round2 situ, kami je Jonkers Walk plak. Ala2 Petaling street gitu tapi xdela barang2 imitation, more pada souvenier. Sangat menarik dan comel barang2 dia. Harga pun OK. tapi dalam kul 12 tu da bungkus. Lain kali kena g awal sket. Apa2 pun meriah susana dia dengan lampu2.


Esoknya, kami mulakan hari dengan brunch, breakfast+lunch dekat Windmill kat Melaka raya. Boleh tahanla makanan dia. Tapi aku punya Sirloin steak xbrapa best. Sos blackpepper die kureng. However minuman best. Milkshake pun sedap. Jom layan gambar.




Aktiviti seterusnya, kami ke pantai Puteri. Sempat sekejap je pasal hujan. Tapi dapat tengok laut dan dengar deru ombak dah cukup menenangkan. Hilang stress sekejap.



Lepas ni, aku pun balik ke KL. Seth balik esoknye sbb tiket ke Shah Alam dah habis. Last skali, terima kasih pada kawan2 ku sudi bawak aku jalan2 santai pusing2 Melaka, makan sedap sana sini. Dan yang paling penting, sudi mendengar luahan perasaanku yg sedang kecamuk masa tu. Untuk Seth, moga ko di murahkan rezeki beb. Kami doakan yang terbaik utk ko. Do what you think best for you... GOOD LUCK!

Sekian, trip perjalanan ke Melaka 2 hari 1 malam utk menghilangkan stress. Jom jalan2 Melaka. Best!!!

Bila wang ringgit jadi ukuran...


Assalamualaikum...

Sekarang ni semua duit. Orang putih kate, no money no talk. Macam tu sekali pengaruh duit pada hidup kita. Tapi... adil ke kita menilai kejayaan, hati budi dengan duit? Betul ke dengan duit kita boleh bahagia?

Aku tengah mencari2 jawapan untuk semua ni...


Jodoh
Aku ingat lagi dulu masa belajar kat UiTM, one of my lecturer penah kata. Once you have money, petik jari je, lelaki datang kat kita. Tapi dengan cara tu, dapat ke kita cari suami yg baik? nak ke suami yang nak kat kita sebab harta? bolehke kita dapat suami yang boleh janji kita masuk syurga? Bila dah xde harta dia xnak dah la kat kita x?

Kasih sayang
Semalam aku dapat satu lagi rumusan. Kalau kita bagi duit kat orang slalu contohnya pakcik makcik kita, kita ambil berat dan xsombong pada mata orang tu. Macam tu ke nilai kasih sayang? Kalau kita bagi duit paling banyak kat parents kita maknanya kitala yang paling sayang pada diorang? Adil ke macam tu?

Kejayaan Hidup
Orang yang gaji banyak, berjaya ke dalam hidup? Macam mana nak ukur kejayaan mcm tu? Bukan ke gaji banyak, tanggungjawab pun banyak? kerja siang malam sampai x ada masa nak bersama keluarga. Tapi bila ada duit kita boleh provide for best educationkan utk anak2.. Cumanya kita x ada masa nak bersama keluarga kita untuk menikmati semua tu.


Kesihatan
Bila duit banyak, selera pun makin tinggi. Makan macam2, semua nak cuba. Pasal sakit penyakit, xyah pikir dulu. Muda g kononya kita ni.. Tapi ada duit, boleh bayar insurans tiap2 bulan sebagai jaminan. habis tu bole ke nak makan semua bende walaupun kesan die mungkin memudaratkan? Konfius2... Kita juga mungkin akan melalui STRESS bila terlalu kuat bekerja, tul x? So camana?


Ibadah
Macam mana buruk pun kesan duit pada kita, x dinafikan kita boleh gunakan kemewahan untuk beribadah pada Allah s.w.t dengan lebih banyak cara/jalan. Boleh sedekah, boleh buat haji... Tapi berapa orang sangatla yang sanggup gunakan harta kekayaan die untuk membantu orang lain? yang nak g haji muda2?

Kesimpulanku:
- Duit memang penting, tapi xadil untuk kita ukur seseorg berlandaskan duit. Yang penting bersederhana, jangan lupa kongsi dengan orang yang memerlukan. Duit bukan segala2nya. Ianya bukan penjamin kebahagiaan. Percaya pada rezeki yang Allah bagi, jangan jadi hamba duit!