Assalamualaikum...
Sempena hari Khamis ni, aku nak kongsi satu kisah misteri.Kisah ni betul2 berlaku pada aku dan kawan2. Mase tu kami bertiga. Kami decide nak OT haritu. So keluar ofis lambat sikit. Dalam pukul 8 malam.
Lepas punch card terus tekan lif nak turun. Ting! Lif pun sampai. Anak panah tulis turun, kami pun naikla. Masuk2 lif.. nak tekan G, tekan2 button xmau nyala. Tiba2.. lif yang sepatutnya turun, naik tingkat 10.
Aku pikir, mungkin lambat tekan kot, so orang atas tekan, lif pun naik. Sampai tingkat 10, pintu lif xnak bukak. aduhhhh.. aku pun kata, 'eh lif rosakla.. ' dalam hati dah takut. kalau rosak siapala nak tolong bukak kat tingkat 10 tu.
Tekan punya tekan, tiba2 pintu lif terbukak. Yang paling mengejutkan.. tingkat tu dah gelap gelita!!! Dah xde orang. Kenapa lif tu naik situ plak? Padehal sepatutnya lif tu turun. kawan aku kate muka aku nampak sangat, takut. Aku diam je masa tu. xterkata. Takut je apa2 muncul dari kegelapan tu.
Kami pun cepat2 tutup pintu. Pintu tu pulak lambatnyerla nak tutup.... Alhamdulillah akhirnya tutup gak. Selamat kami turun. Yela, kalau terang g, mungkin ada orang tekan. Tapi dah gelap. Lagipun pintu tu mula2 xmau bukak pun. Maknenya bukan orang dari luar yang tekan. Betul x?
Ade kawan kata die pun penah kena... Xsangka nak kena kat diri sendiri..
Huhu... Sekian kisah misteri hari ini.