Click Me ^ _^

Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku 2012 - Puas Hati!

Assalamualaikum...


Tahun ni 2x menjengah Pesta Buku kat PWTC ni. Memang dah jadi aktiviti tahunan aku dari zaman lepas sekolah lagi. Dulu dengan rm15 je cukupla. Masa tu xdapatla nak beli apa sangat. Sekarang bila dah ada duit sendiri lagi seronok. First time ritu pergi dengan budak ofis. Dia xpernah pergi. Jadi waktu lunch jumaat last week aku pergi. Sebab susah dpt teksi dari ofis, xsempat nk shopping sangat.


Jadi semalam aku pergi lagi dengan adik2 n my best fren, Shira. Kali ni puas hati sangat sebab dapat autograf Ramlee Awang Murshid, my favorite novelis. Detail nanti nak buat satu entry lain. Panjang kisahnye. Lagi satu puas hati sgt dapat bawa my sis ke booth Ain Maisarah, novelis kanak2 yang terkenal kat Malaysia ni. Selalu nak beli buku dia kat kedai tapi selalu habis.


Booth Ain maisarah memang cute sgt! Pink, lampu blink2. Masreenz pun dapat amik autograf. Ain Maisarah pun cute. Ada style and sweet. Dia janji nak letak gambar kat FB, mmg dia letak. Siap tagged Masreenz lagi. Maknanya dia ingat kan?


Yang xbest nya adalah tempat makan semua penuh. Last2 terpaksa makan dekat food court the Mall yang kotor. Tunggu makanan punya lama. Nasib sedap. Berbaloila gak tunggu. Shira pun banyak tolong aku. Thanks fren...


Hasil belian cuma ni je. Banyak Masreenznya pun. Aku dah xde bajet. Gaji x masuk lagi... SEKIAN.

Thursday, May 3, 2012

Kita yang tak bersYukur

Assalamualaikum...


Kenapa kita manusia ni selalu xbersyukur dan redha dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita?? X payahla nak pandang orang lain, AKU sendiri macam tu. Kadang2 aku fikir aku xada apa2 dalam hidup ni. X ada apa yang boleh aku banggakan. Apa lagi nak buat orang lain bangga. Xtau nak sedapkan hati dengan apa sebab rasa macam xde pape lansung dalam hidup ni.

Dah lama xrasa gembira. Kita selalu fikir apa yang Allah xbagi pada kita tanpa sedari apa yang telah pun kita dapat. Bila badan gemok, kita fikir kenapala Allah kurniakan badan macam ni. Kita x fikir yang at least kita masih sihat, boleh berjalan, boleh buat apa yang kita nak sendiri. Bayangkan OKU...

Bila xdapat keje yang best, yang gaji banyak, kita mengeluh lagi... Padehal punya ramai orang yang xde kerja, mintak sedekah untuk dapatkan sesuap nasi. Bila kerja OK, kita sia2kan pulak. Xberusaha tingkatkan diri. Ngadap facebook, ngadap blog, gossip artis lagi.. Kita xfikir buruh construction tu, betapa perit nak siapkan kerja untuk cari rezeki.


Ada orang hidup die terlalu mudah. Dapat sambung belajar, grad terus kerja. Dah kerja best, jumpa jodoh terus kahwin. Dah kawin dapat pulak anak. Rezeki mencurah2. Wah.. betapa bertuah empunya badan.

Ada orang pulak macam aku ni. Apa pun xde. Hidup penuh cabaran. Masih boleh tersenyum padahal dalam hati menangis hiba. Menanti dengan sabar akan ganjaran dari Allah. Belajar bersyukur dengan apa yang aku dah ada, dari memikirkan apa yang aku xde. Nasib ada adik2 & kawan2 buat penghibur jiwa.


Entry harini cuma luahan jiwaku. Apa yang nak aku sampaikan ialah belajar mensyukuri nikmat Allah sebelom Allah tarik dari kita. Bila senang, jangan sekali2 lupa akan orang lain yang xsebertuah kita. Aku mengingatkan diri ku sendiri...

Sekian.