Click Me ^ _^

Monday, December 12, 2011

Sana Sini BR1M

Assalamualaikum...

Malam ni ada kekuatan pulak nak update blog. Kebetulan Criminal Mind episod yang dah tengok. Letih giler sebenarnya sebab kerja straight seminggu non stop. Dengan bermulanya pengedaran borang 10 Disember haritu, bermulala tugasan mencabar kami satu team. Lebih kurang mcmnila pengalaman aku menghadapi tugasan ni:

Day 1, 10 Dis 2011
- bertugas dekat kaunter Jalan Duta. Patutnya edar borang dan terangkan je. Tapi sebab dah ramai, aku n Faten jadi tukang tuliskan borang untuk orang2 yang buta huruf, warga emas yg memang dah xboleh dan macam2 lagi masalah smpi xbole isi borang. Kesian tengok, orang tua2 sign pun menggeletar. Mungkin orang lain mengelak tugas mcm aku n Faten buat masa tu tapi kami suka. Ikhlas dari hati. Puas hati dapat tolong orang. Cuma GERAM pada org yg ambil kesempatan. Muda belia xnak tulis. Gementarla apela. Rase nak sepak je... Haritu dahla panas giler. Tapi Alhamdulillah ada kekuatan.

Day 2, 11 Disember 2011
- bertugas kat Dewan Sivik Taman Segambut Sejahtera. Kebetulan ada gotong royong mula2 ramaila. dah tghari lengang. Tapi penduduk siap bagi kami makanan lagi sbb ada gotong royong tu. Alhamdulillah. Kalau xmenu sama jela 2 hari. Sebab lengang, Puan Pengarah mintak kami bertiga ke hot spot, Jinjang.
-Fuuhhhhh... mmg giler hotspot. Ramai betul. Mostly warga emas. Ramai pulak tu memang dah xboleh tulis. Yang masalah xpaham bahasa Melayu lansung pun ada. Wargghhh... Melayu tahan g. Tapi kawasan tu... al maklumla.. cakap menyembur g x kira.. Sebab sebab tolong 2 jam lebih je, xrasa sgt kehangatan die tu.

Day 3, 12 Disember 2011
- harini one whole day kat Jinjang. Rase nak patah jari jemari menulis borang. Ade gak 2 3 orang ,muda belia yang amik kesempatan. Malas nak gaduh, tuliskan aje. kebanyakan atuk2 nenek. Bau diorg jgn ckpla. Yang bau arak pun ada. Yang dah terang xlayak pun nak gak. Macam2.. Yang aku tahan, masa menulis tu, ternampak satu uncle/atuk tu. Air liur die meleleh je.. Ya Allah... xtaula nak cakap camane. Sempat berpikir, camanela aku nak hadapi org tu...
- Alhamdulillah... xlama lepas tu orang tu hilang. Bukan ape,Melayu xpe lagi. Sebab bukan Islam, macam2 berlegar dalam kepala ni. Ada menteri dtg pun aku xsempat tgk. Kaum die pun dah xdgr cakap die, Rm500 punyer pasal..

Esok aku and Faten akan ke Jinjang lagi. Redha jela. Dah dapat kerja ni pun aku dah sangat bersyukur, xkesahla keje berat mana pun, yang penting x stress. Seronok dah kawan dengan adik2 ni semua (Bodek Syasya). Gelak je banyak...

Ni je update rini. Mungkin xmenarik but afterall.. Its my blog kan? Suka hatila! hehe.. Wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

Missin this moments..

Assalamualaikum...

Minggu ni nak dekat 3 minggu dah kat tempat baru. Kawan dgn adik2 ada masa boring ada masa seronok sebab rasa muda sket. Hihi.. Tapi dah tentu xkan sama macam kat ofis lama dulu.

Rindu my closest frens kat admin. Rindu buat akaun, rindu buah potong sedap, rindu uncle kat shiraj. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit.

Dalam masa sama, lega dah x stress. Badan pun rasa selesa. Masalah istihadah pun dah xde insyaAllah. Tapi rase serba salah pada bos n penggantiku tetap menebal. Selfish ke aku? Kwn2 dekat je paham situasi aku. Nape aku buat keputusan camni.

Thanks frens for your support. Bila kita nak farewell kat seoul garden nih?

Sunday, December 4, 2011

Basikal untuk Afiyah Zahra

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya impian kecil nak beli basikal untuk anak buah kesayanganku tercapai. Xboleh tangguh dah, bulan depan xpasti keadaan kewanganku camane. Xboleh nak bemewah sangat dah.

Puas hati, harga pun berpatutan. Afiyah pun seronok sampai nak terlelap orang tolak die. Haha. Xlama lagi adik dia lahir tah camanela die. Skarang bukan main nakal lagi. Xpenah dok diam. Kadang2 tgk kartun Rio tu je die khayal jap.

Impian kecil terlaksana sudah. Impian sederhana besar? Impian besar? Satu persatu ku menyusun strategi. Moga Allah permudahkan jalan ku. InsyaAllah.

Saturday, December 3, 2011

Birthday surprise by TGV Cinemas!

Assalamualaikum...

You all pernah x dapat tiket wayang free? Dapat 4 keping pulak tu. Alhamdulillah.. tahun ni aku bertuah dapat hadiah birthday from TGV Cinemas through Nuffnang.

Semalam waktu lunch our aku ke Jalan Yap Ah Shak, yang mana terletaknya pejabat nuffnang. Tujuannye nak collect complimentary pass atau tiket wayang TGV Cinemas for any movie at TGV Cinemas outlet nationwide.. Best kan?

Aku x decide lagi nak tengok movie apa. Ombak rindu? Depends pada adik2 nanti. Aku pun xpernah tgk wayang. Kalau x pasal dapat free ni jangan harapla nak melangkah ke wayang.

Thank you nuffnang team and of course TGV Cinemas for this special birthday surprise.

So.. Isn't it lucky to be a nuffnangers?

Thursday, December 1, 2011

Bantuan Rakyat RM500


Assalamualaikum...

Nak dekat 2 minggu dah aku kerja tempat baru. Lansung xde kait ngan akaun. Tapi ada kait ngan duit.. hahaa. Kami diberi tanggungjawab untuk projek khas bantuan rakyat RM500. Mula2 kata akan keluar borang 1 Disember. Semalam dah keluar kenyataan yang borang pendaftaran akan mula keluar 10 Disember 2011 ni plak.

Bukanla bekobar benor nak mulakan projek tu. Cuma boring skarang tolong unit2 lain. Dah la kumpulan projek kami ni banyak adik2. Rasa macam tua benar.. Budak yang mcm 3 suku pun ada. Lawak2 jugak, tapi serabut jadinya melayan kerenah diorg tu. Nasib ada sorang adik ni yang aku serasi. Alhamdulillah...

Kebetulan skarang aku tgh tolong unit duti setem yg kat tingkat bawah. Jadi ade dengar staf merungut pasal harini ramai betul orang dah tanya pasal borang bantuan rakyat tu. Ramai ingat dah keluar harini. Jenuh diorg kat kaunter menjawab. Dah bengang sangat, diorg amik keratan akhbar yg tulis 10 Disember tu, fotostat kasi besar, tepek kat kaunter tu. Ha.. amek ko!


Manusia bila bab duit.... So, ingat ye kawan2, 10 DISEMBER baru kluar borang tau. bagitau sedara mara yang layak tu nanti k. Kerajaan dah bagi jangan xamik..

Nanti dah ada maklumat terkini pasal syarat2 kelayakan dan apa yang perlu ada untuk tuntut RM500 ni aku update g. Buat masa ni kami baru diberi taklimat secara ringkas.
Syarat2 dia dah tau cuma ada beberape issue nak kena clearkan dulu.

Ok, itu je info rakyat harini... Wassalam...