Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua.. xsmpt nak berblog skarang ni. tah kenapa rase letih teramat 2 3 menjak ni. Dari sebelum puasa lagi.. Mungkin xckp rehat. Asik tido lambat pastu nak kena bangun awal2 pagi. Orang baru nak celik mata aku dah atas jalan. Letihla kan keje? lagi2 kalau jauh.
Puasa ni memang menguji kesabaran kita kan? Allah menguji sejauh mane kita boleh bertahan dengan dugaan2 yg melanda kita. Terlalu byk kebaikan bulan ramadhan yg xpatut kita sia2kan.. Dugaan yang Allah bagi pada kita, harus kita tangani dgn sabar.
Nak jadi cerita, Jumaat lepas aku terpaksa naik tren KOMUTER nak blk rumah sbb abahku dah blk dulu. xdpt nk tumpang die. Sampai2 stesen BTS tu, dah ramai giler org. Sbb xde alternatif yg lebih cepat, aku tunggu gak. Tren pertama smpi, xbole msk. Dtg tren ke2, blela sumbat2kan diri.
Aku dah biasa sgt berimpit2 dalam tren ni. Skang pun dah ade coach wanita, so xpela klu nak kena berimpit pun. Tren mmg teramatla sesak mase tu. Standardla komuter, delay, rosak, kabel putus biase. xble nak berdiri straight pun mase tu. bertahan pada pautan besi je.
Dari bts ke KL, 2 org pengsan dalam coach aku tu. Yg sorg tu tul2 seblah aku. aku tolong angkatkan die. Seblom tu ada budak kecik ngan mak ayah die naik, mula2 Ok. dah gerak sikit, die menangis teresak2 macam sedih sgt sbb terkejut dgn keadaan tren yg sgt teruk mase tu. Org bertekak, bergaduh, menjerit2. Itu semua aku dah biasa..
Elok pas bdk yg pengsan td Ok, tren terasa senget. Aku ni dala berdiri. rase nak terbalik tren mase tu. Lampu plak mcm meletup, kelip2 lame padam. Dan akhirnya tren berenti dgn jayanye di tngah2 jalan, xjauh dr stesyen putra. dah nak kluar jalan Kuching mase tu. Wanita2 di dalam coach sudah panik, menjerit xtentu psl. Dah mcm dalam TV plak aku rase. Orang buat announcement pun xdgr psl sibuk menjerit diorg tu.
Tengok2 org coach lain dah turun tren. Memang ramai betul la mase tu. Macam xpercaya seramai tu org dr tren 3 gerabak tu. Setelah confirm, kami pun terpaksa melompat dari tren. huhu. Dala pakai baju kurung. Seksi menyeksi dah xkire. Aku turun tu, hampir terjelepok. Alhamdulillah ade org tlg pegang mase nak turun tu. Sbb xde choice kami terpaksa menapak patah blk ke stesyen Putra mase tu. Ade yg naik bukit. Aku xnak sbb pikir pakai baju kurung.
Waktu buka dah nak dekat. Aku tawakal jela mase tu. Jalan je atas rel keretapi tu. Sakit tapak kaki sbb batu atas rel besar2. Seblom smpi Putra, aku nmpk ade pintu kuar. Sebab xnak sakit pijak batu, aku jalan seiring ngan kete ikut jalanraya. org lalu lalang tgk je kami. jalan punyer jalan, akhirnya smpi PWTC. Aku trus bejalan ke The Mall. Just on time nak buka. Beli makanan, azan pun berkumandang, trus buka.
Apa yg aku nk highlight kt sini ialah servis komuter semakin teruk keblakangan ni. Kita sebagai pengguna setia jadi mangsa. Kalau ada org mengandung mase tu mcmane? Nak lompat tren tu. Ya Allah.. Hampir setiap hari delay. Rosak kerap sgt. Lagi satu tlgla jangan berebut dan bergaduh bila naik tren tu. Perempuan especially. nak jugak msk walaupun dah padat. Dah tren failure, padan muka korang kena berjalan.
Pihak komuter diharap dapat mengatasi masalah2 yang sering berlaku kebelakangan ni ye. Teruk sgt servis anda!
No comments:
Post a Comment