Assalamualaikum...
Aku sedang melalui saat2 perubahan dalam hidup aku. Aku xtahu kesan dia pada masa akan datang. Aku berserah dan tawakal, moga aku telah membuat keputusan yang betul.. jadi, dalam masa kelam kabut haritu... aku turun Melaka jumpa one of my best fren, Zulaiha a.k.a Intan Ellina Xavier. Ahaks!!! gedik..
Kalau iku hati, mcm xjadi nak turun sana. Tapi psl da plan n da janji ngan Ulai, teruskan je. Pikir tgh2 stress elok gak g tukar angin.. Dari Rawang-x ofis-TBS-Melaka. Turun2 bas, Ulai da sampai. Trip kali ni, sorg lagi kawan kami join. Maintain kurus keding, Saadiah nama die. Panggil Seth.
Destinasi pertama, solat di Masjid Tengkera.
Sebenarnya nak singgah makan mihun sup sedap gilerr kat area tu. Skalila trus solat. Sangat kagum dengan Masjid ni. Sangat bersih, cantik, ada nilai2 sejarah yang dikekalkan tapi ada unsur2 moden macam TV flat screen.
Lepas ni makan bihun sup sodap.. Tapi xde gambar. Tapi cari dekat area masjid Tengkera ni ye.
Selepas tu, kami bergerak ke hotel untuk rehat. Hotel Coastal Park. Hotel biasa je, tapi dah cukup selesa dan cantik. Sebab byk hotel penuh kami tido je hotel kami penah dok haritu. 3 org rm120 kat Ujong Pasir.
Dah rehat dan mandi2, misi mencari baju untuk dipakai esok. Kami ke Dataran Pahlawan. kat sini dah ade tempat shopping tau. Dulu masa aku kecik xda semua ni. tingkat bawah ada bazar barang makanan yg famous kat meleka mcm cencalok, gula melaka, barang2 kraftangan, baju2 t-shirt Melaka, mcm2 ada.
Lepas dapat baju, kami pergi makan malam pulak. Nak pergi makan satay, satay dah habis. Nak pergi Asam pedas hajjah Mona, penuh giler. Last2 pegila kedai Asam Pedas ni, sedap jugak. Tapi satay tempat ni kureng. Asam pedas satu set dengan nasi dan telur masin. Seth sorang je makan. Kami tumpang. Yang special tempat ni asam pedas dia dalam claypot. Panas2 lagi. Sedap2..
Makan malam selesai, Ulai bawak round2 Melaka. Pergi ke Vila Sentosa. Tempat ni ada rumah lama melaka. Ulai kata kerajaan negeri bagi peruntukkan untuk buka lampu terang benderang waktu malam sebagai tarikan pelancong. x singgah pun, lalu je kami. yang comel nye, depan rumah2 ni, ada rumah Mini ala2 rumah asal.
Dah round2 situ, kami je Jonkers Walk plak. Ala2 Petaling street gitu tapi xdela barang2 imitation, more pada souvenier. Sangat menarik dan comel barang2 dia. Harga pun OK. tapi dalam kul 12 tu da bungkus. Lain kali kena g awal sket. Apa2 pun meriah susana dia dengan lampu2.
Esoknya, kami mulakan hari dengan brunch, breakfast+lunch dekat Windmill kat Melaka raya. Boleh tahanla makanan dia. Tapi aku punya Sirloin steak xbrapa best. Sos blackpepper die kureng. However minuman best. Milkshake pun sedap. Jom layan gambar.
Aktiviti seterusnya, kami ke pantai Puteri. Sempat sekejap je pasal hujan. Tapi dapat tengok laut dan dengar deru ombak dah cukup menenangkan. Hilang stress sekejap.
Lepas ni, aku pun balik ke KL. Seth balik esoknye sbb tiket ke Shah Alam dah habis. Last skali, terima kasih pada kawan2 ku sudi bawak aku jalan2 santai pusing2 Melaka, makan sedap sana sini. Dan yang paling penting, sudi mendengar luahan perasaanku yg sedang kecamuk masa tu. Untuk Seth, moga ko di murahkan rezeki beb. Kami doakan yang terbaik utk ko. Do what you think best for you... GOOD LUCK!
Sekian, trip perjalanan ke Melaka 2 hari 1 malam utk menghilangkan stress. Jom jalan2 Melaka. Best!!!
No comments:
Post a Comment