Click Me ^ _^

Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku 2012 - Puas Hati!

Assalamualaikum...


Tahun ni 2x menjengah Pesta Buku kat PWTC ni. Memang dah jadi aktiviti tahunan aku dari zaman lepas sekolah lagi. Dulu dengan rm15 je cukupla. Masa tu xdapatla nak beli apa sangat. Sekarang bila dah ada duit sendiri lagi seronok. First time ritu pergi dengan budak ofis. Dia xpernah pergi. Jadi waktu lunch jumaat last week aku pergi. Sebab susah dpt teksi dari ofis, xsempat nk shopping sangat.


Jadi semalam aku pergi lagi dengan adik2 n my best fren, Shira. Kali ni puas hati sangat sebab dapat autograf Ramlee Awang Murshid, my favorite novelis. Detail nanti nak buat satu entry lain. Panjang kisahnye. Lagi satu puas hati sgt dapat bawa my sis ke booth Ain Maisarah, novelis kanak2 yang terkenal kat Malaysia ni. Selalu nak beli buku dia kat kedai tapi selalu habis.


Booth Ain maisarah memang cute sgt! Pink, lampu blink2. Masreenz pun dapat amik autograf. Ain Maisarah pun cute. Ada style and sweet. Dia janji nak letak gambar kat FB, mmg dia letak. Siap tagged Masreenz lagi. Maknanya dia ingat kan?


Yang xbest nya adalah tempat makan semua penuh. Last2 terpaksa makan dekat food court the Mall yang kotor. Tunggu makanan punya lama. Nasib sedap. Berbaloila gak tunggu. Shira pun banyak tolong aku. Thanks fren...


Hasil belian cuma ni je. Banyak Masreenznya pun. Aku dah xde bajet. Gaji x masuk lagi... SEKIAN.

Thursday, May 3, 2012

Kita yang tak bersYukur

Assalamualaikum...


Kenapa kita manusia ni selalu xbersyukur dan redha dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita?? X payahla nak pandang orang lain, AKU sendiri macam tu. Kadang2 aku fikir aku xada apa2 dalam hidup ni. X ada apa yang boleh aku banggakan. Apa lagi nak buat orang lain bangga. Xtau nak sedapkan hati dengan apa sebab rasa macam xde pape lansung dalam hidup ni.

Dah lama xrasa gembira. Kita selalu fikir apa yang Allah xbagi pada kita tanpa sedari apa yang telah pun kita dapat. Bila badan gemok, kita fikir kenapala Allah kurniakan badan macam ni. Kita x fikir yang at least kita masih sihat, boleh berjalan, boleh buat apa yang kita nak sendiri. Bayangkan OKU...

Bila xdapat keje yang best, yang gaji banyak, kita mengeluh lagi... Padehal punya ramai orang yang xde kerja, mintak sedekah untuk dapatkan sesuap nasi. Bila kerja OK, kita sia2kan pulak. Xberusaha tingkatkan diri. Ngadap facebook, ngadap blog, gossip artis lagi.. Kita xfikir buruh construction tu, betapa perit nak siapkan kerja untuk cari rezeki.


Ada orang hidup die terlalu mudah. Dapat sambung belajar, grad terus kerja. Dah kerja best, jumpa jodoh terus kahwin. Dah kawin dapat pulak anak. Rezeki mencurah2. Wah.. betapa bertuah empunya badan.

Ada orang pulak macam aku ni. Apa pun xde. Hidup penuh cabaran. Masih boleh tersenyum padahal dalam hati menangis hiba. Menanti dengan sabar akan ganjaran dari Allah. Belajar bersyukur dengan apa yang aku dah ada, dari memikirkan apa yang aku xde. Nasib ada adik2 & kawan2 buat penghibur jiwa.


Entry harini cuma luahan jiwaku. Apa yang nak aku sampaikan ialah belajar mensyukuri nikmat Allah sebelom Allah tarik dari kita. Bila senang, jangan sekali2 lupa akan orang lain yang xsebertuah kita. Aku mengingatkan diri ku sendiri...

Sekian.

Wednesday, May 2, 2012

The Avengers yang best!


Assalamualaikum...

Dah tengok belum The Avengers?? Aku ni memang x suka citer superhero. Bukan apa.. rasa macam x logik betul. Dulu layan gakla Superman. Skarang ni memang kurenggg. TAPI.. disebabkan dapat tiket free and kesiankan adik2 aku pergi gakla tengok citer ni. Rugi plak tiket4 keping, wayang 2D plak tu. Tiket pun hari Sabtu. So dengan berat hati aku pun pergi..

Wayang kul 11 pagi. Kul 10 gerak dari rumah. Biasanya g Mid Valley naik tren. Kali ni naik kereta kami sesat. Yang geram tu asikla pusing kat area perarakan Bersih 3.0 tu. Takut mula2. Tapi dah 2 3 kali pusing rase xde pape. Masa aku lalu tu xde plak nampak sebarang keganasan. Polis ada standby sana sini.

Alhamdulillah lepas 4 5 kali pusing kami sampai. Tapi da lewat setengah jam. Aku pikir xpela. Dari xtengok lansung. Elok2 tengok tu, part yang penting. So kami xrasa ketinggalan pun. Faham je sampai endingnye.

Story pasal cerita ni bolela surf mr Google. Komen aku, The Avengers memang BEST. Penuh aksi dan teknologi dari awal sampaila akhir cerita. Lawak pun ada, xterlalu serius. Gabungan Hulk, Captain America, Iron Man, Thor, Hawkeye and Black Widow yang penuh team spirit masa bumi diserang memang sangat menarik.

Tapi watak yang paling menghiburkan hati mestila Iron Man by Robert Downey Junior. Lawak, cool n genius. Aku memang suka dia berlakon sejak tengok Sherlock Holmes haritu. Perwatakan yang sama dalam zaman yang berbeza. Hawkeye pun aku suka. Macho sangat... Captain America yang penuh dengan semangat juang, Hulk yang selalu buat kita surprise, Thor dengan tukulnya.. menarik3.

So, kawan2 yang belum tengok, kena pergi tengok. Memang berbaloi2. Ok?

Sekian review wayang hari ini.

Bersihkan sarang...


Assalamualaikum...

Lama sangat x update blog. Banyak idea tapi xde masa. Betul2 da bersarang blog aku ni. Nak menjengah blog kengkawan pun xsempat. Kat ofis bukan boleh bukak apa2 pun. Yang boleh web hasil tu jela. Boring dan buat aku ketinggalan... xtau perkembangan dunia internet.

Bekerja kat badan2 berkanun ataupun government ni banyak sangat bezanya dengan badan2 swasta. Yang paling xbest xde kebebasan.Nak terima emel dari orang luar pun xboleh.Padahal hal berkaitan kerja. Semua terpaksa melalui bos. Melainkan kita pegawai atasan. Nak apply cuti pun leceh. Kerja memang banyak. Kalau dulu biasa dengar orang cakap gomen ni rileks. Tapi sekarang bila aku dah lalui sendiri baru aku percaya. Dengan nak kejar KPInye.. huhu. Result KPI semua orang tahu. xde privacy.

Lampu x tutup pun kena buat laporan. Emel satu ofis... Hahaha... memangla bagus ajar disiplin. Tapi xyahla nak emel satu building kot.. Kerja swasta plak biasanya kita bebas cuma workload dan tekanan die lebih besar.

Aku xpernah menyesal berenti kerja company lama dulu. Dah sampai satu tahap yang memang dah xboleh nak teruskan. Cuma sedih keadaan jadi mcmtu. Skarang aku cuma berharap aku dapat kerja yang lebih baik. Dapat bantu parents aku, dapat belanje adik2 aku selalu, dapat melancong sana sini...

Sekian untuk edisi Bersihkan sarang. Fuh.. Fuh.. Fuh...




Thursday, January 12, 2012

Sebuah kisah misteri...

Assalamualaikum...

Sempena hari Khamis ni, aku nak kongsi satu kisah misteri.Kisah ni betul2 berlaku pada aku dan kawan2. Mase tu kami bertiga. Kami decide nak OT haritu. So keluar ofis lambat sikit. Dalam pukul 8 malam.

Lepas punch card terus tekan lif nak turun. Ting! Lif pun sampai. Anak panah tulis turun, kami pun naikla. Masuk2 lif.. nak tekan G, tekan2 button xmau nyala. Tiba2.. lif yang sepatutnya turun, naik tingkat 10.

Aku pikir, mungkin lambat tekan kot, so orang atas tekan, lif pun naik. Sampai tingkat 10, pintu lif xnak bukak. aduhhhh.. aku pun kata, 'eh lif rosakla.. ' dalam hati dah takut. kalau rosak siapala nak tolong bukak kat tingkat 10 tu.

Tekan punya tekan, tiba2 pintu lif terbukak. Yang paling mengejutkan.. tingkat tu dah gelap gelita!!! Dah xde orang. Kenapa lif tu naik situ plak? Padehal sepatutnya lif tu turun. kawan aku kate muka aku nampak sangat, takut. Aku diam je masa tu. xterkata. Takut je apa2 muncul dari kegelapan tu.

Kami pun cepat2 tutup pintu. Pintu tu pulak lambatnyerla nak tutup.... Alhamdulillah akhirnya tutup gak. Selamat kami turun. Yela, kalau terang g, mungkin ada orang tekan. Tapi dah gelap. Lagipun pintu tu mula2 xmau bukak pun. Maknenya bukan orang dari luar yang tekan. Betul x?

Ade kawan kata die pun penah kena... Xsangka nak kena kat diri sendiri..

Huhu... Sekian kisah misteri hari ini.

Wednesday, January 11, 2012

My First Wayang…


Assalamualaikum...

28 and never been to wayang? Dan akhirnya menjejakkan kaki buat kali pertama. Panggung pertamaku, GSC Mid Valley.. Tiket wayang free haritu TGV, so xble nk guna. Rugi2. Terpaksa keluar duit jugak akhirnya. Kami da sepakat nak tengok Alvin and Chipmunks 2. Orang2 yang berjaya memujuk hatiku ke wayang ni adalah kawan2 baru kat LHDN. Adik Faten, Farouk and one of my best fren. Atas sebab2 tertentu identity dirahsiakan. Hahaha…

Rupanya satu wayang ni ada banyak bilik ek. Ke teater ke panggilannye. Ingatkan satu wayang satu dewan je gitu. Gambar dia pun x la secantik mana. Macam tengok TV kat rumah, cuma besar skrin. Tapi tu GSCla. Xtaula wayang lain. Duduk depan sejuk giler plak tu. Nasib tengok cartoon kejap je.


About Alvin and Chipmunks 2, memang best. Berbaloi pergi tengok. Kali ni pasal kenakalan Alvin yang akhirnya menyebabkan diorg berenam (including chippets) terdampar kat sebuah pulau xberpenghuni.

Yang aku paling suka bab lagu2 yang diorg ni nyanyi dan kasih saying penjaga diorg iaitu Dave. Dia anggap tupai2 tu betul2 macam anak dia sampai sanggup menahan lapar dari makan rantai makanan yg Theodore bagi. So sweetttt. Babak yang kelakar pun banyak menambah seri dalam cerita ni.



Yang x bestnya, wayang should start at 2.15 tapi x. Dah berpuluh2 iklan baru mula. Hampeh! My fren kate selalu xmacamtu. Unlucky me…

So that’s my first experience watching movies at cinema. Still got free tickets in my hands. Looking forward to next movie. Cerita apa yang best ya sekarang ni?